Hadith
Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.”

Riwayat: Bukhari

Huraian Hadith
-Kita hendaklah menghargai dua nikmat iaitu kesihatan dan kelapangan.

-Kita hendaklah memanfaatkan segala nikmat yang diberikan untuk mendekatkan diri kepada keredhaan Allah dan melakukan kebajikan sebelum terlambat.

-Seseorang hendaklah menjaga nikmat kesihatan sebelum sakit dan nikmat kelapangan untuk memerangi hawa nafsu ke arah kejayaan.

sumber-http://www.islam.gov.my