Drama 7 Suami TV9 Episod Akhir
Perkahwinan Yah dengan Haji Dollah musnah menyebabkan wanita itu merantau ke Kuala Terengganu sebelum bertemu dengan lelaki bernama Budi. Namun cinta mereka tidak bertahan kerana sikap Budi yang suka berjudi.

Perjalanan Yah mencari bahagia diteruskan lagi apabila Yah sudi menerima Datuk Naza yang ikhlas sehingga sanggup menjadi isteri kedua.

Disebabkan cemburu, Yah dimusuhi isteri pertama sehingga keguguran dan Datuk Naza mengambil keputusan untuk menceraikan wanita itu kerana tidak sanggup melihat dia dikasari.

Hampir setahun Yah menjanda dan sekali lagi berkahwin dengan Kamal ketika menjadi pembantu kedai lelaki itu. Malang menimpa Yah apabila Kamal lumpuh dan meninggal.

Wanita itu mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya, namun kehadiran dia tidak disenangi Suri yang sudah menjadi isteri Ihsan.

Yah berkahwin dengan Azli selepas dituduh berkhalwat dan difitnah oleh Suri sehingga mereka terpaksa berkahwin, namun cerai tidak lama kemudian.

Janda malang itu kemudian mencari Kak Timah, kakak Kamal yang sakit dan dia membuka semula kedai runcit arwah suaminya itu.

Di situ dia berkahwin dengan Luqman kerana tertarik dengan sikap penyayang dan romantis lelaki itu, namun Yah tidak menyedari suaminya itu sebenarnya bapa ayam.

Pada masa sama, Ihsan mencari Yah selepas isterinya meninggal dan mendapat tahu mengenai perangai sebenar Luqman melalui Ah Keong. (sinopsis dari metro)

Lakonan
Izreen Azminda, Aiman Hakim Ridza, Kaza, Yuswaisar, Esma Daniel, Azhar Sulaiman, Fazreen Rafi dan Azhan Rani.

Selasa, 25/3/2014 - jam 8.30 malam di TV9

Klik - Separuh Jiwaku TV9 Ganti 7 Suami