Sinopsis Tuan Rumah Pembantu Rumah TV3 Lakonan Nad Zainal, Zoey Rahman, Hisyam Hamid
Mengisahkan tentang Intan Asha Areen iaitu lakonan Nad Zainal yang kecewa dengan tunangnya, Taufeeq lakonan Hisyam Hamid kerana mempunyai wanita lain.

Kemudian Areen mengambil keputusan untuk membawa diri bagi menenangkan hatinya. Dia mahu melupakan kisah sedih itu dan memulakan hidup baharu.

Areen mendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah di rumah Puan Juria (Aleza Shadan) dengan memperkenalkan dirinya sebagai Asha dan merahsiakan identiti sebenar.

Ketika bertugas sebagai pembantu rumah, Areen sentiasa dibuli oleh anak tuan rumah iaitu Emir (Zoey Rahman) yang menganggapnya sebagai lurus bendul.

Bagaimanapun, pertengkaran dan sikap benci akhirnya bertukar menjadi cinta selepas kedua-dua mereka terlibat dalam satu insiden di rumah.

Dalam pada itu, Emir turut menghidu sesuatu yang tidak kena dengan Areen dan mulan menyiasat latar belakang wanita itu.(sinopsis dari mstar 25 Mei 2014)

Lakonan
Nad Zainal, Zoey Rahman, Hisyam Hamid, Syafiq Kyle dan Ramona Zamzam.

Mulai 31 Mei 2014, setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6 petang di TV3