Sinopsis Rindu Awak 200% lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh? (sinopsis dari fb Rindu Awak 200%)

Lakonan
Zul Ariffin, Ayda Jebat, Mimi Ernida, Zuhairi sebagai, Jonathan Putra, Adeline Tsen, Karl Shafek, Afzan A.Rahman, Fazahmaddaud, Fathildani, Fazah Mad Daud dan Ika Nabella

Mulai hari ini (15 Julai 2014) jam 7 malam di TV3

Facebook - Rindu Awak 200%

Promo
http://youtu.be/AxvgzIvCARE