Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu Lakonan Janna Nick & Ashraf Muslim
Kisah Ifaat Hamani yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan kepadanya. Kekeliruan mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya sepanjang keluar negara sehingga.

Menambah konflik, kehidupan Ifaat lebih berdilema apabila dia mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya.Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanah air bersama seorang anak lelaki.

Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumah tangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat. Mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu? -sinopsis petikan kosmo

Arahan
Michael Ang

Lakonan
Janna Nick (Ifaat Hamani)
Ashraf Muslim (Afeef Adwan)
Fahmy Reza
Shah Iskandar
Nik Adam Mika
Miera Leyana
Octovia Manrose
Ziha Salleh
Sharifah Shahora
Azar Azmi
Mahmod Ali Bashah

Mulai 26 Disember 2016 (Isnin-Khamis), jam 7 malam di TV3

rujukan wikipedia