Sinopsis Telemovie Srengenge TV1 Lakonan Eman Manan, Sahronizam Noor, Fathil Dani, Lan Zailan, Jasmin Hamid dan Fadilah Mansor.

Mengisahkan Bukit Srengenge mula menjadi pencetus konflik apabila Pak Su Awang Teh bercadang mahu menjadikan Bukit Srengenge sebagai kawasan padi huma yang dirasakan lebih memberi hasil.

Cadangan Pak Su ditentang oleh sebahagian penduduk di situ kerana Bukit Srengenge yang dianggap berkeramat itu telah memberikan tangkapan yang baik untuk pemikat burung serta penjerat landak dan pelanduk. Keadaan menjadi runcing apabila Imam Hamad jatuh sakit selepas pulang dari Srengenge dan Bomoh Useng ditugaskan untuk memulihkannya.

Satu ritual khas dibuat untuk Srengenge. Berang melihat pemikiran songsang penduduk kampung terhadap Srengenge, Pak Su bercadang mahu menghapuskan Srengenge.

Sabtu, 30/9/2017
Jam 3 ptg ini di TV1

rujukan fb TV1