yusufultraman.com - Info Semasa: Sukan, Ads Review & Lain2

Website Mengenai Info Terkini:Isu Semasa, Hiburan, Sukan, Kartun, Ads Network & Pelbagai Lagi

Gambar Tayar Pesawat AirAsia Pecah Semasa Mendarat Di klia2 21 Disember 2016


Gambar tayar kapal terbang/pesawat AirAsia pecah ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pagi Rabu, 21/12/2016. Difahamkan penerbangan itu dari Chennnai, India.



sumber gambar - page fb Berita Harian Online
untuk berita layari BH Online

Gambar Setem Kegemilangan Emas di Paralimpik Rio 2016


Gambar setem (Kegemilangan Emas di Paralimpik Rio 2016) sempena pencapaian atlet Paralimpik negara di Sukan Paralimpik Rio, Brazil pada bulan 9 lepas. 

Pingat Emas Paralimpik 2016 
-Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (acara 100m T36)
-Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20)
-Abdul Latif Romly (lompat jauh T20)

Setem tersebut mulai dijual kelmarin (20 Disember 2016)

-untuk berita layari kosmo dan sumber gambar page fb Pos Malaysia Berhad

13 Disember 2016 Cuti Umum Di Kelantan

Kelantan Cuti Umum 13/12/2016 (Selasa)
Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan selasa ini sebagai cuti umum di negeri itu semperna Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.

Kenyataan MB Kelantan menerusi page fb beliau


Jadual/Tarikh Penerimaan BR1M 2017

sumber gambar - web ebr1m

Berikut adalah jadual pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 mengikut kategori.

Kategori 1 (RM 1,200) - Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
Bulan 2 - RM400
Bulan 6 - RM400
Bulan 8 - RM400

Kategori 2 (RM900) - Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 - 4,000
Bulan 2 - RM300
Bulan 6 - RM300
Bulan 8 - RM300

Kategori 3 (RM450) - Individu bujang berpendapatan bulanan bawah Rm 2,000
Bulan 2 - RM450

sebarang perubahan jadual boleh rujuk terus ke web ebr1m

Permohonan BR1M 2017 Secara Online

sumber gambar - web ebr1m
Berikut adalah cara permohonan BR1M 2017 secara online yang dibuka hari ini (5/12 sehingga 31 Disember 2016)

Notis/surat pemberitahuan penerima lulus atau gagal akan dipos pada minggu kedua Februari tahun depan dan bayaran BR1M akan dimasukan ke akaun bank penerima secara berperingkat mulai pertengahan Februari 2017.

Mohon Secara Online & Syarat Kelayakan
-Sila Klik ebr1m

Cara Mohon BR1M Melalui Borang
-Borang boleh diambil di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM & Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM ataupun boleh juga muat turun/download di ebr1m (klik menu borang) dan treasury.gov.my

untuk berita layari mstar

Gambar & Video Banjir Di Terengganu 29 November 2016

Gambar banjir di beberapa tempat sekitar Terengganu berikutan hujan lebat sejak malam tadi Selasa, 29/11/2016.
sumber gambar - page fb Raja Shamri
sumber gambar - page fb Universiti Malaysia Terengganu Official
Video (sumber video youtube BH TV)


untuk berita layari BH Online dan my Metro

Senarai 10 Garis Panduan Keselamatan Umum (Pokemon Go)


Berikut adalah senarai 10 garis panduan keselamatan umum mengenai permainan Pokemon Go yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

10 Garis Panduan Keselamatan Umum Mengenai Pokemon Go
untuk lebih jelas klik gambar

sumber - page FB Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
-untuk berita layari mstar

Senarai Harga Petrol & Diesel Ogos 2016

gambar dari wikimedia
Senarai harga baru minyak/petrol dan diesel bagi bulan 8/2016 mulai 1 Ogos (Esok)

Harga Bulan 8 (Ogos 2016)
RON95 - RM 1.75 seliter - Kekal
RON97 - RM 2.10 seliter - Kekal
Diesel - RM 1.70 seliter - Naik 10 sen

Harga Bulan 7 
RON95 - RM 1.75 seliter - Naik 5 sen
RON97 - RM 2.10 seliter - Naik 5 sen
Diesel - RM 1.60 seliter - Naik 5 sen

Harga Bulan 6
RON95 - RM 1.70 seliter
RON97 - RM 2.05 seliter
Diesel - RM 1.55 seliter

Senarai Harga Petrol & Diesel Julai 2016

gambar dari wikimedia
Senarai harga baru minyak/petrol dan diesel bagi bulan 7/2016 mulai 1 Julai (Esok)

Harga Bulan 7 (Julai 2016)
RON95 - RM 1.75 seliter - Naik 5 sen
RON97 - RM 2.10 seliter - Naik 5 sen
Diesel - RM 1.60 seliter - Naik 5 sen

Harga Bulan 6 
RON95 - RM 1.70 seliter
RON97 - RM 2.05 seliter
Diesel - RM 1.55 seliter
Keputusan Rasmi PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar 18/6/2016

Keputusan Rasmi PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar 18/6/2016

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Sabtu, 18 Jun 2016

PRK Sungai Besar
Budiman Mohd Zohdi (BN) - 16,800 (Menang)
Dr Abdul Rani Osman (PAS) - 6,902
Azhar Abdul Shukur (Amanah) - 7,609

Majoriti - 9,191

PRK Kuala Kangsar
Datin Mastura Mohd Yazid (BN) - 12,653 (Menang)
Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS) - 5,684
Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) - 4,883
Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) - 54

Majoriti - 6,969

-rujukan facebok Malaysiakini

Senarai Harga Petrol & Diesel Jun 2016

gambar dari wikimedia
Senarai harga baru minyak/petrol dan diesel bagi bulan 6/2016 mulai 1 Jun (Esok)

Harga Bulan 6 (Jun 2016) - Harga tidak berubah, kekal seperti bulan Mei
RON95 - RM 1.70 seliter
RON97 - RM 2.05 seliter
Diesel - RM 1.50 seliter

Harga Minyak RON95 & Diesel Naik 20 Sen Mulai 3 September 2013


Harga Minyak RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini.


Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2.
sumber-berita harian

Senarai 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan ROS


20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan ROS

20 parti politik yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) berkuatkuasa 28 Ogos 2013

Parti politik daripada Semenanjung:
1) Parti Keadilan India Malaysia (MIJP).
2) Parti Generasi Baru (NewGen Party).
3) Parti Nasional Malaysia (MNP).
4) Parti Nasional Penduduk Malaysia (People's National Party of Malaysia).

Parti politik Sabah:
5) Parti Kebangsaan Sabah (PKS).
6) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru.
7) Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA).
8) Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN).
9) Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN).
10) Parti Bersatu Bugis Sabah.
11) Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS).
12) Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party.
13) Parti Cinta Sabah (PCS).
14) Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU).
15) Parti Damai Sabah (PARTI SPP).

Parti politik Sarawak:
16) Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
17) Parti Bumi Kenyalang (PBK).
18) Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS BARU).
19) Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB).
20) Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai / People's Alliance For Justice of Peace (Peace Party-Sarawak).

sumber senarai dari mstar
lebih lanjut layari disini
Senarai Tempat & Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2013

Senarai Tempat & Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2013

Senarai Tempat Dan Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal
Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Rabu, 7 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada Isnin, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak A-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.

Tempat lain pula ialah di Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. - BERNAMA
sumber - mstar
Senarai 20 Barang Harga Terkawal Musim Perayaan 2013

Senarai 20 Barang Harga Terkawal Musim Perayaan 2013

Senarai 20 Barang Harga Terkawal Raya 2013
Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 bagi 20 jenis barangan harga terkawal mula dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Ia bagi menyekat kenaikan harga pada musim perayaan dan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.
-petikan kosmo

Senarai 20 Barang Terkawal
(1) Ayam hidup
(2) Ayam standard (yang disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal)
(3) Ayam super (yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
(4) Daging lembu tempatan
(5) Daging lembu import(*Harga maksimum di Sarawak sahaja)
(6) Daging kerbau import (India)
(7) Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan 69.9 gram sebiji)
(8) Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
(9) Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
(10) Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)
(11) Cili merah
(12) Tomato
(13) Kelapa biji(*Harga maksimum di peringkat borong sahaja)
(14) Kelapa parut(*Harga maksimum di peringkat runcit sahaja)
(15) Kacang tanah import
(16) Bawang merah kecil (India)
(17) Bawang besar import
(18) Bawang putih (China)
(19) Ubi kentang import (China)
(20) Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor sekilogram)

sumber senarai harga dari www.kpdnkk.gov.my
Keputusan PRK Kuala Besut 24 Julai 2013

Keputusan PRK Kuala Besut 24 Julai 2013

Keputusan Rasmi PRK Kuala Besut
Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi.

BN memperoleh 8,288 undi manakala PAS 5,696 undi.
sumber-mstar
Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam & RM250 Pesara Kerajaan - Raya 2013

Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam & RM250 Pesara Kerajaan - Raya 2013

Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam & RM250 Pesara Kerajaan
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itumasing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanyadalam kenyataan di sini, Rabu.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok (Khamis), sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata, langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata, kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - BERNAMA
sumber - mstar

Bonus Raya 2013 Sebulan Gaji Untuk Kakitangan Awam Selangor

gambar dari Malaysiakini

Bonus Sebulan Gaji Untuk Kakitangan Awam Selangor
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk memberi bonus Hari Raya sebulan gaji kepada kakitangan awam di Selangor.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan  selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR

Sumber-Page FB Abdul Khalid Ibrahim

Tarikh Puasa 2013, Niat Dan Doa Berbuka Puasa

Tarikh Puasa Bagi Tahun 2013

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia(RTM).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. - BERNAMA
-Mstar

Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa 
sumber gambar page fb LayarMinda

Syarat Baru Mohon Jadi Guru Minimum 7A SPM

gambar hiasan

Syarat Baru Mohon Jadi Guru Minimum 7A Mulai Tahun Ini (2013)

Syarat Baru Mohon Jadi Guru Minimum 7A-Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelonggaran minimum 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion itu, katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Ketika ini, syarat asas mendapat cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris selain kelayakan khusus bagi bidang pengajian yang dipohon.

Sementara itu, Idris berkata kementerian juga sedang mengkaji bagaimana untuk meringankan beban guru dalam pelaksanaan sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) selain daripada menambah bilangan pembantu guru seperti yang telah dilaksanakan di Kedah dan Sabah.

Katanya, antara perkara yang diambil kira ialah penyediaan laporan yang tidak perlu terlalu banyak perincian dalam membuat penilaian mereka. - Bernama
-kosmo
Back To Top