yusufultraman.com - Info Semasa: Sukan, Ads Review & Lain2

Website Mengenai Info Terkini:Isu Semasa, Hiburan, Sukan, Kartun, Ads Network & Pelbagai Lagi

Sinopsis Asam Pedas Pewittt Cerekarama TV3 (8 Julai 2017)


Telemovie Asam Pedas Pewittt Di TV3 (Cerekarama) Lakonan Hazama, Amy Search & Izreen Azminda.

Disebabkan Leman ternampak masakan asam pedas yang dimasak oleh Amy Search di Instagram.

Dia mendapat idea untuk berniaga asam pedas di Kuala Lumpur. Adakah perniagaan Leman akan berjaya?

Sabtu, 8/7/2017

rujukan web astro (tv guide)

Sinopsis Love You Miss Pomen TV9 (23 Januari 2017) - Skrin Di 9


Sinopsis Telemovie Love You Miss Pomen Di TV9 (Skrin Di 9) Lakonan Alif Aziz, Mira Filzah & Kamal Sumbu.

Remy rimas dengan sifat Nana yang mengada-ngada, lalu, Remy cuba berkenalan rapat dengan Saerah, seorang mekanik cantik yang berdikari.


Bagaimana pula dengan hubungan cinta Remy & Nana setelah sekian lama terjalin?

Arahan
Heykal Hanifah

Isnin, 23/1/2017
8.30 malam di TV9

rujukan web astro (tv guide)

Sayang Papa Saya Tak (Astro Ria) Ganti Isteri Tuan Ihsan

sumber gambar page fb Astro Gempak

Sinopsis Sayang Papa Saya Tak Astro Ria Lakonan Hisyam Hamid & Emma Maembong

Mengisahkan Farish yang kehilangan isteri telah dikahwinkan dengan penjaga anaknya Raisya.
Berjayakan Farish dan Raisya mempertahankan hubungan mereka yang diuji dengan pelbagai rintangan itu?

Arahan
Amie Maziah

Lakonan
Hisyam Hamid
Emma Maembong
Aida Khalida
Wan Sharmila
Luqman Hafidz

Mulai 9 Januari 2017 (malam ini)
Setiap Isnin - Khamis, jam 10 malam di Astro Ria & Astro Ria HD

rujukan web astro (tv guide)

Sinopsis Bapa Mentuaku Panggung Ahad TV1 (8 Januari 2017)


Sinopsis Telemovie Bapa Mentuaku Slot Panggung Ahad TV1 Lakonan Kazar Saisi, Syafiq Kyle & Nazeera Sardi.

Mengisahkan Pak Mansor yang tidak berkenan dengan Mazlan, iaitu kekasih anaknya Ros. Dia kemudiannya merancang sesuatu untuk memisahkan mereka.

Ahad, 8/1/2017
Jam 10 pagi di TV1

rujukan web rtm

Sinopsis Azam Yang Terlampau Citra TV2 (3 Januari 2017)

sumber gambar page fb TV2

Sinopsis Telefilem Azam Yang Terlampau Di Slot Citra TV2 Lakonan Ika Nabila, Beto Kusyairy, Fathia Latiff, Hairi Safwan, Fadhil Dani, & Didie Alias.

Mengisahkan Sudin, pemandu van di sebuah syarikat ditahan oleh Amri dengan pistol. Bersama Amri ialah Manisah dan Rosiah yang juga berpakat untuk lari dari kampung bersama alasan masing-masing. Amri dikehendaki oleh orang kampung gara-gara skim cepat kaya yang diperkenalkannya.

Rosiah dipaksa berkahwin dengan Haji Sahak yang seusia ayahnya bagi melupuskan hutang ayahnya. Manisah membawa diri kerana cita-citanya untuk menghadiri uji bakat sebagai pelakon di Kuala Lumpur tidak direstui ibunya.

Selasa (malam ini), 3/1/2017
Jam 10 malam di TV2

rujukan web rtm dan page fb TV2

Sinopsis Rombongan Marhaban Sesat Jalan TV9 (2 Januari 2017) - Skrin Di 9


Sinopis Telefilem Rombongan Marhaban Sesat Jalan Di TV9 (Skrin Di 9) Lakonan Jue Aziz, Kazar Saisi, Hairi Safwan.

Mengisahkan Kumpulan marhaban pimpinan Che Rose dijemput membuat persembahan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dan menaiki bas ke sana. Namun, setelah tiba di Kuala Lumpur, mereka sesat jalan.

Arahan
Khalid Nadzri

Lakonan
Jue Aziz, Kazar Saisi, Hairi Safwan, Mak Jah, Sahronizam Noor dan ramai lagi

Isnin, 2/1/2017
8.30 malam di TV9

rujukan page fb Alfanazra Productions dan web astro (tv guide)

Sinopsis Tetangga Panggung Ahad TV1 (1 Januari 2017)


Sinopsis Telemovie Tetangga Slot Panggung Ahad TV1 Lakonan Kaza Saisi Dan Khatijah Tan

Kassim Komando mahu ke rumah anaknya kerana rumahnya di kampung dilanda banjir. Ketika di pekan, dia bergaduh dengan Kak Mon akibat perselisihan faham berebut naik teksi.

Akhirnya Kassim Komando tiba di rumah anak dan menantunya. Namun Kassim Komando terkejut apabila mendapati jiran depan rumahnya ialah Kak Mon.

Ahad, 1/1/2017
Jam 10 pagi di TV1

rujukan web rtm

Biar Aku Jadi Penunggu (TV3 Slot Akasia) Ganti 7 Hari Mencintaiku


Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu Lakonan Janna Nick & Ashraf Muslim
Kisah Ifaat Hamani yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan kepadanya. Kekeliruan mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya sepanjang keluar negara sehingga.

Menambah konflik, kehidupan Ifaat lebih berdilema apabila dia mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya.Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanah air bersama seorang anak lelaki.

Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumah tangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat. Mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu? -sinopsis petikan kosmo

Arahan
Michael Ang

Lakonan
Janna Nick (Ifaat Hamani)
Ashraf Muslim (Afeef Adwan)
Fahmy Reza
Shah Iskandar
Nik Adam Mika
Miera Leyana
Octovia Manrose
Ziha Salleh
Sharifah Shahora
Azar Azmi
Mahmod Ali Bashah

Mulai 26 Disember 2016 (Isnin-Khamis), jam 7 malam di TV3

rujukan wikipedia

Sinopsis Filem The Great Wall (29 Disember 2016)


Sinopsis Filem The Great Wall (Di Pawagam 29/12/2016)
The Great Wall mengisahkan kemunculan sekumpulan raksaka digelar Taotie pada setiap 60 tahun dan tentera Imperial perlu mempertahankan China daripada dimusnahkan makhluk itu.


Pengarah
Zhang Yimou

Lakonan
Matt Damon
Jing Tian
Pedro Pascal
Willem Dafoe
Andy Lau

-sinopsis petikan metro 21/12/2016 serta rujukan wikipedia dan youtube United International Pictures Malaysia

Sinopsis Aku Bukan Rasul TV2 (13 Disember 2016) - Sempena Maulidur Rasul


Sinopsis Telemovie Aku Bukan Rasul Slot Citra Di TV2 Sempena Maulidur Rasul 2016

Haziq kembali ke kampung halaman dan cuba berdakwah melalui pengajaran agama di surau yang ditinggalkan.

Dia diuji individu yang berkepentingan dengan fitnah dan hasad dengki, namun kesabaran Haziq utuh dan dia yakin dengan kebesaran Tuhan.

Lakonan
Johan As’ari, Mubarak Majid, Fazreen Rafi, Dato Haji Amin Khan, Kodi Rasheed, Liza Othman, Alia Farhan Ahmad & Bohari Ibrahim

Selasa, 13/12/2016
Jam 10 malam di TV2

rujukan web rtm dan page fb TV2

Sinopsis Bening Cahaya Maulid TV3 (12 Disember 2016) - Sempena Maulidur Rasul


Sinopsis Telemovie Bening Cahaya Maulid Di TV3 Sempena Maulidur Rasul 2016 Lakonan Elvina Mohamad, Idris Khan & Zamarul Hisham.

Mengisahkan Suria (Elvina Mohamad) bakal melahirkan anak sulungnya tetapi suaminya Hamdan (Idris Khan), masih sibuk dengan persiapan Perarakan Maulidur Rasul dan sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami di rumah.

Isnin, 12/12/2016
Jam 10 malam di TV3

rujukan web astro (tv guide) & sumber gambar group fb Hebahan Aktiviti Penulisan, Sastera, dan Perbukuan.

Sinopsis Syurga Di Hujung Jalan TV9 (12 Disember 2016) - Sempena Maulidur Rasul


Sinopsis Telemovie Syurga Di Hujung Jalan Di TV9 (Skrin Di 9) Lakonan Nazeera Sardi, Iedil Putra & Mawar Rashid

Mengisahkan Zaliya, seorang pelajar pintar di sekolah namun kerana tersalah memilih rakan, hidupnya berubah. Dia ditangkap oleh polis kerana mengikut rakannya, Marini yang menjual dadah tanpa diketahui Zaliya.

Isnin, 12/12/2016
Jam 8.30 malam di TV9

rujukan web astro (tv guide)

Sinopsis Jubah Emas TV1 (12 Disember 2016) - Sempena Maulidur Rasul


Sinopsis Telemovie Jubah Emas Di TV1 Sempena Maulidur Rasul 2016

Mengisahkan pasangan suami isteri, Joe dan Sue yang berhadapan dengan anak mereka (Muzaffar, anak hasil perkahwinan Sue sebelum ini) yang menghidapi penyakit Dyslexia.

Lakonan
Jasmin Hamid, Ezany Nizarif, Mohd Afiq, Roy Azman, Shariza Mahmud, Diana Johor, Emma Akma, Effa Nareesha, Estelle Looi, Zuhairi Ibrahim, Yazal Jala, Wan Khatijah dan Mohd Fairuz

Isnin, 12/12/2016
Jam 3 petang di TV1

rujukan web rtm dan page fb TV1

Sinopsis Hajat TV3 (12 Disember 2016) - Sempena Maulidur Rasul


Sinopsis Telemovie Hajat TV3 Sempena Maulidur Rasul 2016

Dilla dan Imam berkahwin selepas tamat pengajian dan dikurniakan Haykal. Kedua-duanya bekerja keras untuk mengumpul harta namun, tekanan hidup menyebabkan mereka berdua sering bertengkar.

Ibu bapa Dilla dari kampung datang melawat dan terperanjat bila anak (Haykal) tidak tahu menunaikan solat dan tak pandai baca apa-apa surah.
Selepas ibu bapa Dilla pulang ke kampung, Haykal mula menegur ibu, bapa, datuk dan neneknya (mertua Dilla) yang lalai dalam soal agama.

Akibat teguran tersebut, tercetusnya pergaduhan besar antara Imam dan Dilla. Haykal berdoa supaya ibu dan ayahnya bersatu kembali dan dapat solat bersama-sama seperti di masjid. Namun, tiba-tiba Haykal jatuh sakit.

Lakonan
Ungku Ismail, Wan Sharmila, Roy Azman, Didie Alias, Hilal Azman, Rosnah Johari dan Mohd. Airel

Isnin, 12/12/2016
Jam 2 petang di TV3

rujukan web astro (tv guide) dan kosmo online

Sinopsis Epal Fahmi TV1 (5 Disember 2016) - Fuyoo Cuti Sekolah


Sinopsis Telemovie Epal Fahmi Di Slot Fuyoo Cuti Sekolah TV1 Lakonan Naim Daniel, Adam Aliff, Amirul Affendi & Taiyuddin Bakar.

Mengisahkan Fahmi merupakan pelajar sekolah yang amat menggemari buah Epal. Suatu hari, Fahmi menyertai rombongan sekolah ke Melaka tanpa pengetahuan ibunya dan membawa bersama kesemua buah epal yang ada dirumah.

Sewaktu di sana, berlakunya kejadian yang tidak diingini. Semasa cuba menyelamatkan diri, Fahmi dan Chua ternampak 2 orang lelaki memikul seorang budak perempuan menaiki bot. Berbekalkan buah epal yang dibawa, mampukah Fahmi menumpaskan dua orang lelaki tersebut?

Isnin, 5/12/2016
Jam 3 Petang di TV1

rujukan web rtm dan page fb TV1

Sinopsis Percayalah Arca TV1 (Mulai 1/12/2016)


Sinopsis Drama Percayalah Di Slot Arca TV1 Lakonan Khir Rahman, Vanidah Imran, Wan Sharmila, Amerul Affendi & Aisyah Hasnaa

Mengisahkan liku cinta tiga anak angkat dalam sebuah keluarga mualaf Ghazali dan Khadija.
Kepincangan dalam keluarga menyebabkan Zahra berazam untuk menyatukan semula kasih sayang dalam keluarganya.

Mulai 1 Disember 2016
Setiap Khamis dan Jumaat
Jam 10 Malam di TV1

Lakonan
Khir Rahman, Vanidah Imran, Amerul Affendi, Aisyah Hasnaa, Wan Sharmila, Chew Kin Wah, Raja Ema, Fadilah Mansor, Farhan, Zain Hamid, Fauzi Sulaiman, Rashid Jaafar, Kuna, Farah Alya, Namron dan Rosnah Johari.

rujukan web rtm dan page fb TV1

Sinopsis Filem Desolasi (8 Disember 2016)


Sinopsis Desolasi Lakonan Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim & Dato Jalaluddin Hassan
Mengisahkan mengenai Aiman (Syamsul Yusof), pemuda yang sering diuji Allah dan melalui pelbagai masalah dalam kehidupannya.


Satu hari, Aiman berdoa agar semua masalahnya hilang dan keesokan harinya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati semua manusia sudah lenyap.


Ia sekali gus memberi peluang kepada Aiman untuk melakukan pelbagai perkara yang ingin dilakukannya tanpa perlu berfikir panjang. Dalam pada itu, Aiman juga mencari jawapan kepada kehidupan dan persoalan terhadap apa yang dicarinya selama ini. -sinopsis petikan metro 2/11/2016


Pengarah
Syafiq Yusof

Lakonan
Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Jacky Kam, C.Kumaresan, Siraj Alsagoff

Tarikh Tayangan
8/12/2016

Facebook & Trailer - Desolasi 2016

-rujukan dan sumber gambar page fb Desolasi 2016


Sinopsis 5 Hari 4 Malam Citra TV2 (29 November 2016)

sumber gambar - page fb TV2
Sinopsis Telefilem 5 Hari 4 Malam Di Slot Citra TV2 Lakonan Aida Aris, Zamarul Hisyam, Kamarul Haji Yusuf, Haeriyanto Hassan Dan Jay Iswazir.

Mengisahkan sekumpulan 5 pelajar sekolah Orang Asli iaitu Jaiz, Zali, Reen, Tina dan Ija melarikan diri ke dalam hutan setelah cubaan dua orang lelaki yang berniat jahat untuk menculik mereka telah gagal.

Selasa (malam ini), 29/11/2016
Jam 10 malam di TV2

rujukan web rtm dan page fb TV2

Sinopsis Kalau Jodoh Tak Kemana TV1 (3 Disember 2016) - Pribute P.Ramlee


Sinopsis Telefilem Kalau Jodoh Tak Kemana TV1 (Pribute P.Ramlee) Lakonan Qi Razali, Diana Daniel, Wan Sharmila Dan Adeline Tsen.

Sejak tunangnya meninggal, Amer terasa kehilangan.
Dia berusaha keras demi perniagaannya tetapi cintanya membuatkan dia terseksa.

Sabtu ini, 3 Disember 2016
Jam 9 malam di TV1

rujukan page fb TV1

Senarai Telemovie TV3 & TV9 Sempena Raya 2016

Senarai telefilem/drama sepanjang minggu pertama dan kedua Raya di TV3 & TV9 Sempena Aidilfitri 2016


-TV3
Batu Nisan Ibu
Lakonan Nabila Huda dan Ayu Raudah

Cik Cinderella & Encik Tengku Raya
Lakonan Shukri Yahaya dan Zahira MacWilson

Cinta Si Wedding Planner Raya
Lakonan Adi Putra & Mira Filzah

Hello Mr Perfect Raya
Lakonan Fattah Amin dan Ruhainies

Kak Marr Raya
Lakonan Izreen Azminda, Rozita Che Wan dan Redza Rosli


-TV9
Duit Raya
Siti Elizad dan Bell Ngasri

Pulang
Talha Harith, Aedy Asyraf dan Fazlina Ahmad Daud

Derhaka
Zahiril Adzim, Hanis Kamal dan Liza Othman

-rujukan mstar 18/6/2016 (Cerita Pengajaran TV3 & TV9 Sepanjang Aidilfitri Ini)
Back To Top