yusufultraman.com - Info Semasa: Sukan, Ads Review & Lain2

Website Mengenai Info Terkini:Isu Semasa, Hiburan, Sukan, Kartun, Ads Network & Pelbagai Lagi

Lirik Lagu Terlajak Laris (Upin & Ipin) - Dato' Sri Aliff Syukri


Lirik Terlajak Laris dalam kartun Upin & Ipin - Dato' Sri Aliff Syukri

Huh...

Segak dan tampan itulah aku
Kacak bergaya itu gayaku
Terlajak laris jenama aku
Marilah semua ikut aku..

Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak laris pelanggan berbaris
Terlajak laris senyuman terlukis..

Ter.. lajakk... laris.. Huh... (ulang 4 kali)

video - https://youtu.be/BJLIGwqgsKk
          
(tak pasti betul ke tak, ini yang aku dengar kat telinga aku.. kalau salah tlg btlkan ok)

Jangan lupa like Page Upin & Ipin dan Subscribe Youtube Upin & Ipin

Lirik Lagu Ragam Raya - Upin & Ipin


Lirik Lagu Upin & Ipin - Ragam Raya

Sinar suria yang cerah
Syawal pun menjelma
Songkok kami segak dipakai
Kurung cantik dan bergaya
Senyum manis dilihat
Sungguh berseri-seri..

Kuih-muih dihidang
Lagu raya didendang
Sanak saudara pun tiba
Maaf dan ampun dipinta
Bersalam-salaman
Tanda tunjuk kesyukuran..

Kupanjatkan doa agar
Semua dirahmati
Dengan limpah kurnia ilahi
Moga-moga sentiasa
Ceria dan bahagia
Disamping keluarga...

Hari raya ini
Gelak tawa gembira
Menjamu selera dengan
Hidangan yang ada..

Hari raya ini
Semuanya bersama
Aidilfitri menyatukan
Sanak dan saudara..

Aidilfitri disambut dengan gembira..
SELAMAT HARI RAYA
Dari kamu semua...

Video youtube- https://youtu.be/J3CqlsSU1pY

Jangan lupa like Page FB Upin & Ipin dan Subscribe Youtube Upin & Ipin


Kartun Budak Besi TV2


Sinopsis Kartun Budak Besi Di TV2 (Setiap Sabtu, Jam 11 Pagi)
Kisah Irman, Lisa dan Deepak memerangi jenayah dan rasuah di Bandaraya Teknopolis dengan dibantu oleh wira perkasa yang dikenali sebagai Budak Besi.

Budak Besi ini sentiasa muncul apabila keadaan memerlukan. Manakala Cikai, Boyak dan Baby adalah anggota kumpulan Gagak Hitam yang selalu membuat onar di Teknopolis.

Kumpulan ini diketuai oleh Sazeli Kapunden yang bertopengkan ahli korporat, hartawan dan dermawan.

Mulai Sabtu lepas (7/1/2017), jam 11 pagi

rujukan page fb TV2

Video Teaser Upin & Ipin The Movie (Akan Datang)


Teaser Upin & Ipin The Movie
Selepas Upin & Ipin Geng Pengembaraan Bermula, kini filem animasi terbaru dari Les' Copaque Production bertajuk Upin & Ipin The Movie, mungkin akan ditayangkan pada tahun ini atau tahun depan (2018).

Video
Back To Top