Poster model Malaysia 'bogel' - yusufultraman.com
News Update
Loading...

Wednesday, February 10, 2010

Poster model Malaysia 'bogel'

KUALA LUMPUR - Poster seorang model terkenal Malaysia kelahiran Ipoh, Perak, Amber Chia dengan tubuhnya seperti berbogel tetapi dihiasi dengan lukisan belang seperti harimau dipamerkan semalam.

Aksi terbaru Amber 28, yang berlakon seperti seekor harimau terkurung di dalam kandang itu merupakan poster kempen terbaru pertubuhan hak asasi haiwan, Layanan Beretika Untuk Haiwan (PETA) Asia Pasifik.

Menurut satu kenyataan PETA Asia Pasifik, dengan bergambar di dalam sebuah kurungan, badannya yang bagaikan berbogel itu dilukis dengan belang harimau dan beraksi dekat ayat yang mengandungi mesej: 'Biarkan Haiwan Liar Bebas.'

Kenyataan itu menyatakan poster tersebut merupakan iklan yang dibuat bagi meraikan Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Harimau pada bulan ini.

Poster itu dirakamkan oleh jurugambar Aaron Lee dari Studio Myth, kata kenyataan tersebut. - Agensi

sumber-kosmo

Share with your friends

3 comments

  1. xpe la dieorg nak bogel pon
    kite tengok
    erkk

    xley xley
    malaysia kena sopan

    ReplyDelete
  2. ketinggalan zaman betul kosmo ni
    photoshoot tu lama dah, baru sekarang masuk berita kecoh2 bogel2.

    ades~

    ReplyDelete

Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done