Juara Pilih Kasih Musim Kedua Milik Livonia



Livonia Juara Pilih Kasih Musim Kedua
Ratu Cantik Borneo 2010, Livonia, 20, dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih musim kedua, pada Pentas Akhir Pilih Kasih yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini, Ahad.

Livonia berjaya mengatasi enam finalis lain iaitu Jay Iswazir, 29,Yuzwan Yunus, 24, Ku Hariz, 26, Mira Amnas, 20, Nur Jannah, 24, dan Lia Natalia, 19, dengan markah 26.6 peratus selepas 11 minggu programrealiti itu berlangsung.

Livonia berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kenderaan pikap jenis Trekker berharga RM55,000, wang tunai RM10,000, pakej penjagaan kereta Shine Shine bernilai RM2,399 berserta keahlian lima tahun untukbarangan kosmetik dan spa Mestika Ratu berjumlah RM7,000.

Hadiah lain untuk juara termasuklah baucar penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Holiday Villa Hotel & Residence Doha, Qatar, gelang tangan magnetik dan beg bagasi kulit Edymium dan trofi.

Naib Juara - Yuzwan Yunus

Tempat Ketiga - Ku Hariz

petikan/lebih lebih lanjut mstar

1 Ulasan