yusufultraman.com: filem
News Update
Loading...
Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Saturday, April 09, 2016

Sinopsis Filem Lu Mafia Gua Gangster (21 April 2016)


Sinopsis Lu Mafia Gua Gangster Lakonan Kumpulan Zero ( Syaiful, Sharif Dan Atu)
Mengisahkan Amir lakonan Atu dan Rosham (Syaiful) bekerja di sebuah tempat pelupusan sampah di Johor. Sementara itu, Megat (Sharif) adalah penjaga tapak pelupusan itu. Menariknya, setiap daripada mereka punya impian dan angan tinggi melangit.

Amir ingin bergelar seorang pelumba kereta terhandal di dunia. Manakala Rosham selalu bermimpi untuk menjadi seorang aktor hebat seperti idolanya, Datuk Rosyam Nor. Dan terakhir, Megat mengidamkan untuk menjadi orang yang kaya dan berpengaruh.

Sementara itu, King (Datuk Jalaluddin Hassan) dan Kong (Zack Taipan) merupakan dua mafia yang paling digeruni di daerah sama. King dan Kong adalah kawan rapat sejak kecil lagi dan rakan bisnes. Pada satu pertemuan dengan pembeli berlian di sebuah restoran, King terpaksa menyorokkan kotak berlian itu selepas mendapati pihak polis turut memasuki premis sama.

Selepas pasukan polis beredar, King cuba untuk mengambil semula berlian itu. Nasib malang menyebelahi mereka. Kotak tersebut didapati hilang. Siapa yang mengambil kotak berisi berlian tersebut? -sinopsis dan rujukan dari facebook Lu Mafia Gua Gangster Official

Lakonan
Kumpulan Zero, Datuk Jalauddin Hassan, Apek, Zack Taipan, Shira Saad, A. Galak, Zulkifli Ismail, Along Ezyndy, Azlee Senario dan Gunser.

Tarikh Tayangan
21/4/2016

Facebook - Lu Mafia Gua Gangster Official

Wednesday, March 30, 2016

Sinopsis Filem Warna Cinta Impian (31 Mac 2016)


Sinopsis Warna Cinta Impian Lakonan Awie Dan Erra Fazira
Mengisahkan percintaan dan konflik kehidupan dunia moden yang berkisar di antara Daniel seorang Akitek dan Diana seorang Peguam menjadi nadi penceritaan. Perkahwinan Daniel dan Diana di atur oleh keluarga masing-masing dan bukan atas dasar cinta. Mereka cuba menyemai rasa cinta dalam rumah tangga mereka tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka.

Ketegangan baru pula bermula dengan kemunculan Erra, kakak angkat Daniel dari Australia yang menggamit kenangan silam cintanya bersama Awie yang kecundang lebih dua dekad dahulu. Kebetulan pula Awie adalah abang kepada Diana. Erra dan Awie akhirnya mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana.

Mampukah mereka menyelamatkan rumah tangga pasangan muda ini? Adakah keegoan Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? Mampukah cinta berputik kembali selepas kekecewaan cinta pertama? -Sinopsis dari youtube Touchtronics Entertainment dan rujukan dari facebook filem Warna Cinta Impian

Pengarah
N. S Krishna

Lakonan
Awie, Erra Fazira, Shiqin Kamal, Erwin Shah Dawson, Azlee Khairi, Nazeera Sardi, Fad Bocey dan Datuk David Arumugam.

Tarikh Tayangan
31/3/2016

Wednesday, December 03, 2014

Sinopsis Filem Gila Baby

gambar dari fb Grand Brilliance

Sinopsis Gila Baby Lakonan Beto Kusyairy, Nadiya Nissa Dan Sharnaaz Ahmad
Mengisahkan Bob (Beto Khusairy) yang memerlukan sejumlah wang bagi membiayai pembedahan ayahnya yang sakit. Bob terpaksa mengambil jalan mudah dengan membantu Roy (Sharnaaz Ahmad) melakukan jenayah mencuri kereta.

Namun, percubaan pertama Bob untuk aktiviti jenayah dihalang dengan penemuan seorang bayi di tempat duduk belakang kereta yang ingin dicurinya itu. (sinopsis dari mstar - 28 November 2014)

Sinopsis dari youtube Grand Brilliance
Bob memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Dengan mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy, bekas teman sekelasnya di sekolah yang selalu membulinya dahulu untuk melakukan jenayah mencuri kereta. Walaupun percubaan pertama Bob untuk aktiviti jenayah tersebut berjaya tetapi ada seorang bayi di tempat duduk belakang kereta yang dicurinya itu!

Bob kini mendapati dirinya diburu oleh beberapa pihak yang tidak akan berhenti selagi Bob dan bayi tersebut tidak ditangkap! Untuk mengeruhkan lagi keadaan, dalam perjalanan menyelamatkan diri, Bob bertemu Jaja yang mengugut Bob untuk membawanya sekali kerana ingin lari dari masalahnya sendiri!

Dapatkah Bob menyelamatkan dirinya daripada pihak berkuasa dan dalam masa yang sama menyelesaikan pembiayaan pembedahan ayahnya?

Pengarah
Khabir Bhatia

Lakonan
Beto Kusyairy, Nadiya Nissa, Sharnaaz Ahmad, Chew Chew Kin Wah, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid, Lan Pet Pet, Fimie Don dan Chelsia Ng

Tarikh Tayangan
Esok (4 Disember 2014)

Trailer
 

Wednesday, September 24, 2014

Sinopsis Filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut


Sinopsis Amir Dan Loqman Pergi Ke Laut
Mengisahkan tentang dua sahabat baik yang cuba merompak kedai kecil untuk mencari wang sebanyak RM30,000 sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan gengster yang disertai mereka. (petikan kosmo)

Pengarah
Mamat Khalid

Lakonan
Shuib Sepahtu, Syuk Balas, Soffi Jikan, Zarina Anjoulie, Dewa Sapri, Tengku Sariwani (kuni), Kazar, Rashidi Ishak, Nadia Mustafar, Khairul Nizam, Mohd Zabri, Isey, Meow-meow, Daniel, Mohd Ikhwan, Mohd Azwan

Tarikh Tayangan
25 September 2014

Monday, September 01, 2014

Sinopsis Filem Animasi Ribbit



Sinopsis Ribbit
Mengisahkan seekor katak bernama Ribbit yang mengalami masalah identiti. Berbeza dengan katak normal, Ribbit tidak melompat dan sangat membenci air. Merasakan dirinya berbeza dengan haiwan lain, dia sering mempersoalkan mengenai kehidupannya.

Dengan itu, Ribbit mengajak rakan baiknya, seekor tupai terbang mengembara bersamanya untuk mencari kebenaran mengenai dirinya.

Namun masalah timbul apabila Ribbit secara tidak se­ngaja dipukau oleh seekor kelawar yang kaki penipu. Ribbit mempercayai dirinya adalah manusia yang terperangkap dalam badan katak. Dia kemudian menetapkan misi untuk mencium puteri sebenar untuk kembali ke rupa asal.

Bagaimanapun, Ribbit mula menyedari menjadi katak seronok dan cinta hidupnya sebenarnya berada di depan matanya selama ini. (sinopsis petikan metro)

Pengarah
Versi Bahasa Melayu (Mamat Khalid)

Lakonan/Suara
Datuk Aznil Nawawi, Johan Raja Lawak, Awie, Izzue Islam, Elfira Loy, Jihan Muse dan The Glam Girls.

Tarikh Tayangan
4 September 2014

Facebook
www.facebook.com/pages/Ribbit-The-Movie

Trailer


Kereta & Motor

[keretaNmotor][recentbylabel2]

IT Terkini

[IT-Kini][recentbylabel2]
Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done