LONDON - Cicak yang mempunyai belang merah dan biru kini mendapat permintaan yang tinggi untuk dibeli oleh peminat-peminat watak Spider-Man, lapor sebuah akhbar semalam.

Cicak itu mempunyai warna belang yang sama dengan kostum Spider-Man.

Kedai-kedai menjual haiwan eksotik melaporkan peningkatan populariti cicak yang berasal dari Afrika itu.

Seorang pakar haiwan di kedai Exotic-pets.co.uk, Karen Baker berkata, cicak itu yang jangka hayat hidupnya selama 15 tahun kini habis dijual.

"Orang ramai meminati cicak itu kerana warnanya itu yang jarang boleh dilihat.

"Haiwan itu tinggal dalam kumpulan diketuai seekor cicak jantan yang mempunyai warna yang paling menarik.

"Kami akan mempunyai satu lagi kumpulan cicak itu yang akan tiba pada Oktober depan. Pemintaan untuk mendapatkannya terus meningkat," kata Baker.

Permintaan untuk cicak itu meningkat selepas seorang jurugambar, Roy Daines merakamkan gambar haiwan itu ketika dia bercuti di Kenya. - Agensi

-sumber-kosmo