yusufultraman.com: Resepi
News Update
Loading...
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, February 19, 2020

Resepi Bengkang Beras (Air Fryer)


Resepi Dan Cara Membuat Bengkang Menggunakan Air Fryer

Bahan-Bahannya
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3 1/2 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam.

Cara-Caranya
-Semua bahan digaul rata dan dimasak sampai likat.
-Dulang disapu dengan majerin dan masukkan adunan tadi dan bakar suhu 180/ 30 minit
-Sejuk baru potong.

kredit: Asiah Jaafar
(group Resepi Air Fryer [Malaysia])

Wednesday, February 12, 2020

Resepi Apam Puri Warna Warni Inti Kastard


Resepi Serta Cara Membuat Apam Puri Warna Warni Inti Kastard

Untuk Inti
1cwn tepung gandum
2sudu besar tepung kastard
1cwn gula..tak nak manis kurangkan
3cwn air
Pewana kuning

Cara-Caranya
Satukan semua bahan kacau sebati pastu tapis, tuang dalam periuk atau kuali.. masak dgn api pelahan.. kacau sampai pekat pastu angkat ketepikan..


Bahan Untuk Kulit
2cwn tepung gandum
2stengah cwn air
1biji telur
1sudu kecik baking powder
Stengah sudu kecik serbok soda
Sikit garam
Pewarna (kesukaan masing-masing)

Caranya-Caranya
Satukan semua bahan pastu tapis..kemudian panaskan pan sapu minyak sikit dah panas boleh tuang sikit adunan tepung tadi..bila dah masak dah boleh letak pada acuan karipap adan bubuh inti tadi..pastu siap dikapit..

kredit: Masni Bahari (group mahn)

Monday, February 03, 2020

Resepi Kuih Talam Banjar


Resepi Serta Cara Membuat Kuih Talam Banjar

Bahan A: Lapisan bawah (putih)
Tepung gandum 4 cawan
Tepung ubi 1/2 cawan
Tepung beras 1 1/5 cawan
7cawan santan (cair)
Garam
Kapaur makan (sedikit)

Cara-caranya
Bancuh semua tepung di atas bersama garam,santan dan kapur makan..lepastu blender..masak di atas api yang serdahana sekejap sahaja.(masak sehingga sebati)..siap utk lapisan bawah(putih)

Bahan B: Lapisan atas (gula merah)
Tepung gandum 1 cawan
Tepung beras 1 cawan
3cawan santan (pekat)
Telur 4biji
Gula merah 1/2 kg
Gula putih 300g
Kicap pekat (untuk warna yang menarik)

Cara-caranya
Blender telur bersama santan..selepas itu masak gula merah brsama gula putih (letak air)
Last sekali campur santan yang telah di blender bersama air gula tadi...

Kukus adunan bawah dahulu sehingga masak (20minit) selepas itu baru masuk adunan atas..kukus sampai masak (20minit)

kredit: Siti Nur Azuwani (group mahn)

Thursday, January 09, 2020

Resepi Bingka Labu (Air Fryer)


Resepi Dan Cara Membuat Bingka Labu Menggunakan Air Fryer

Bahan-Bahan
250g labu yang telah direbus
2 biji telur (sy guna gred A)
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula kastor (sy letak 1/4 cwn sj)
200ml santan (sy guna santan Kara kotak)
1 1/2 sdb butter
Garam secubit

Cara-Caranya
-Mix kan semua bahan (saya guna blender sahaja)
-Tuang dalam loyang yang telah disapu nipis butter dan tabur tepung sekeliling dalam loyang
-Tabur rata bijan atas adunan

*Panaskan dulu airfryer 3 min, set suhu 170, lepas tu masukkan loyang dan set masa 35min

kredit: Aida Surieany Othman
(group Resepi Air Fryer [Malaysia])

Thursday, January 02, 2020

Resepi Aiskrim Kacang Merah


Resepi Serta Cara Membuat Aiskrim Kacang Merah

Bahan A
2 liter air
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
Gula - jika perlu (saya tak letak)
2 tin kacang merah - cuci
Pewarna merah
Daun pandan - disimpul
Sedikit garam

Bahan B
2½ sudu besar tepung ubi
2½ sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum

- Kisar kasar 1 tin kacang merah dengan sedikit air yang sudah disukat. Satukan dengan bahan A yang lain
- Manakala 1 tin kacang merah lagi dimasukkan dalam plastik aiskrim. Setiap satu plastik masukkan 7-8 biji kacang. Dalam plastik, tekan sedikit kacang supaya sedikit penyek
- Bancuh bahan B menggunakan sedikit air dari bahan A. Larutkan
- Satukan bahan A dan B dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel. Sejukkan
- Masukkan dalam plastik yang sudah berisi kacang merah tadi. Biarkan beku dalam peti ais semalaman

Tips:
- Susu cair boleh digantikan dengan santan pekat anggaran 500-600gm
- Kalau tak mahu guna susu pekat, gantikan dengan gula pasir

kredit: Siti Zanariah Khalit (group mahn)

Saturday, December 21, 2019

Resepi Roti Bantal


Resepi Serta Cara Membuat Roti Bantal

Resepi ban manis
Sesuai untuk semua jnis ban

Resepi untuk 500g (Bahan-Bahan)
500g tepung roti
90 g gula halus
7 g garam halus
28 g shortening
30 g marjerin
10 g yis
3g magic improver/atau bread improver
266 ml air sejuk
(Air sukatan anggaran sahaja) jadi masukkan air sikit-sikit ikut kelembutan doh masing-masing

Resepi untuk 250 g (Bahan-Bahan)
250 g tepung roti
45 g gula halus
4 g garam halus
14 g shortening
15 g marjerin
5 g yis
2 g magic improver/atau bread improver
133 ml air sejuk
(Air sukatan anggaran sahaja jadi masukkan air sikit dulu ikut kelembutan doh masing-masing)

Cara-Caranya
-Campur semua bahan kecuali yis dan air sejuk
-Sebatikan bahan, masukkan air sejuk dan adun sekejap
-Kemudian masukkn yis dan adun hingga elastik

kredit: Fierah Zulaikha (group mahn)

Monday, December 16, 2019

Resepi Puding Laici Simple


Resepi Serta Cara Membuat Puding Laici Simple

Bahan A
5gm serbuk agar-agar
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan air laici dlm tin
Buah laici dlm tin
2 sb biji selasih/chia seed (rendam dengan air panas bagi kembang)

Cara-Caranya
-Dalam periuk masuk serbuk agar-agar, air, gula & air laici.. kacau sebati.. masak agak2 nak mendidih..tutup api
-Tuang sedikit adunan agar2 tadi dalma acuan kecil..kemudian masukkan seketul dua buah laici..sudukan sedikit biji selasih.. Biarkan sederhana beku

Bahan B
5gm serbuk agar-agar
1 cawan air laici dlm tin
1/2 cawan gula
2 cawan susu segar
Secubit garam
Pewarna ikut suka

Cara-Caranya
-Dalam periuk masuk serbuk agar-agar, air laici, susu segar & gula.. Kacau rata
-Masak & sentiasa dikacau..agak nak mendidih tutup api
-Bagikan adunan utk beberapa warna yg disukai..tuang atas puding tadi
-Masuk peti sejuk..keraskan
-Guna lidi pencungkil utk keluar kan Puding dari acuan

kredit: Zura Zul (group mahn)

Saturday, November 16, 2019

Resepi Kek Labu Moist Versi Bakar


Resepi Serta Cara Membuat Kek Labu Moist Versi Bakar

Bahan-Bahan
2 cawan labu yang dah di rebus dan dilenyek
3/4 cawan gula kastor (baleh guna gula pasir yang dah diblend)
Susu pekat 3 sb
4 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung/minyak masak
Secubit garam
Pewarna kuning
Asin vanila

Bahan Ayak
2 cawan tepung
1 sdt (membukit) baking soda
1 sdt double action baking powder(membukit) @ baking powder biasa)

Cara-Caranya
Satukan minyak, telur, gula, garam dan susu..
Masukkan dalam balang blender dan kisar 10 minit
Masukkan labu yang di lenyek tadi kisar sekejap je

Satukan bahan ayak dalam bekas.
Tuang bahan kisar dalam bekas bahan ayak
Masuk kan pewarna dan asin vanila, kacau sebati.

Panaskan oven selama 10 mnt suhu 170 *api atas dan bawah.
Lenser mentega pada loyang
Tuang adunan dlm loyang dan bakar selama 50 mnt atau hingga kek masak..

kredit: Ros Cutemama‎‎ (group mahn)

Monday, November 11, 2019

Resepi Kek Minyak Pandan


Resepi Serta Cara Membuat Kek Minyak Pandan

Bahan Dan Cara Seperti Berikut:
-Pukul sampai kembang 3 biji telur + 1/2 cawan gula + 1 sudu besar ovalete
-Masukkan 1/2 cawan susu pekat + 1 sudu teh esen vanila..pukul sebati
-Masukkan 1 cawan minyak masak..pukul sebati
-Masukkan sikit-sikit tepung gandum 2 cawan + 1 sudu teh baking powder yang telah di ayak
-Mixer sampai sebati (Siapa rajin boleh kaup balikkan)
-Masukkan perasa pandan(akak guna emulco pandan kelapa) + pewarna hijau, yang ni gaul ja bagi sebati
-Masukkan dalam loyang
-Bakar suhu 170 atas bawah selama 45 minit

kredit: Rohidayati Mat‎ (group mahn)

Saturday, November 02, 2019

Resepi Japanesse Cheese Cake


Resepi Serta Cara Membuat Japanesse Cheese Cake

Bahan-bahan Seperti Berikut:
Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 susu kecil garam
60 gm tepung kek/tepung superfine
20 gm tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140 gm gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon/cream tartar

Cara-cara:
1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler.
2. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
4. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yang bulat berukuran 8 inci, yang digariskan bawahnya dan tepi tu salut dengan kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.
5. Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath)

kredit: Suzana Hassim (group mahn)

Tuesday, October 22, 2019

Resepi Kue Pancong/Gandos


Resepi Serta Cara Membuat Kue Pancong Atau Gandos

Bahan-Bahan
250 gram tepung beras
250g kelapa parut putih
1sdm tepung gandum
1/2 sdt garam halus atau secukupnya
*650ml santan
*2-3 helai daun pandan

Gula pasir secukupnya untuk ditabur diatasnya apabila kuih hampir masak (boleh juga tabur cheese atau coklat, ikut selera masing-masing)

Cara-caranya
-Santan dan daun pandan dimasak sebentar, jangan sampai pecah minyak, Sejukkan hingga suam-suam kuku gitu
-Satukan tepung beras, tepung gandum, kelapa parut dan garam, gaul rata
-Tuang santan sedikit dahulu dan gaul rata2, mcm diuli gitu. Selepas dah betul2 rata baru tuang santan lagi sedikit demi sedikit. Cara sebegini supaya adunan tidak bergentel
-Biarkan adunan sebentar agak2 15 minit gitu
-Panaskan acuan (saya guna acuan kue pukis jer), oleskan dgn majerin.. Bila acuan dah panas tuang adunan hingga penuh dan tutup
-Bila kuih agak2 hampir nak masak, tabur gula pasir diatasnya dan tutup semula. Biarkan hingga masak

kredit: Nor Sheemz (group mahn)

Saturday, September 21, 2019

Resepi Apam Kampung Sedap & Cantik


Resepi Serta Cara Membuat Apam Kampung Sedap Dan Cantik

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cwn gula
1/2 paket yis/mauripan
1 1/2 cwn air
sedikit pewarna pink/sirap rose

Cara-Caranya
*satukan semua bahan.perap hingga kembang..dah kembang,sebatikan kacau guna senduk..biar kembang semula 5 minit
*kukus hingga masak selama 20-25 minit.kukusan di panaskan dahulu dan sapu minyak sikit pada acuan
*potong-potong makan dengan kelapa parut putih yang di gaul dengan sedikit garam

kredit: Zuhaidar Mohd Sofi (group mahn)

Wednesday, July 31, 2019

Resepi Roti Cheese Hotdog Rangup Dan Gebu (Air Fryer)


Resepi Menggunakan Air Fryer Dan Cara Membuat Resepi Roti Cheese Hotdog Rangup Dan Gebu.

Bahah-Bahan
Telur 2 biji
Susu 1 sudu besar (optional)

Cara-caranya
-Ambil roti letak cheese dan hotdog pastu gulungkan
-Celup dalam telur
-Kemudian letakkan dalam airfryer yang telah diletakkan baking paper tadi.
(kalau boleh tebuk lubang kat baking paper untuk lebih rangup bahagian bawah)

Suhu: 160/10min

kredit: Miszz Bibiey
(group Resepi Air Fryer [Malaysia])

Saturday, July 13, 2019

Resepi Dessert Cha Bang Ang


Resepi Dan Cara Membuat Dessert Cha Bang Ang

Bahan - Bahan
Cincau manis (beli dalam tube)
Gula karamel - gula perang 1 cawan masak dengan air 1 cawan
Selasih 3 sudu besar - rendam air panas
Ais

Susu (campur semua goncangkan):
Susu segar full cream - 2 cawan
Susu cair - 1 cawan
Susu pekat manis - 3 sudu besar
vanilla essen 1 sudu teh
Garam secubit

Campurkn semua, mix well together

kredit: Acik Siti (group mahn)

Thursday, July 11, 2019

Resepi Roti Bakar Air Fryer


Resepi Menggunakan Air Fryer Dan Cara Membuat Roti Bakar

Bahan-Bahan
Air suam 1 cawan
1 paket yis mauripan
1 biji telur
3 1/2 cawan tepun gandum
4 sudu gula
2 sudu butter

Cara-Cara
Campurkan air suam dan yis. Tunggu sampai berbuih. Pukul telur.
Masukkan gula. Masukkan telur + gula ke dalam tepung. Masukkan butter. Masukkan campuran yis sikit2 dan uli.

Biar dalam 1 jam sampai naik. Tumbuk-tumbuk doh dan uli lagi. Bulatkan kecil-kecil dan masukkan dalam bekas kuih (utk airfryer - sapu butter dan letak tepung sikit dulu) Biarkan lagi dalam 20 min.

Masukkan dalam airfryer suhu 160deg, 12 min (kalau nak brown atas dia lagi boleh tambah 1-2 min lagi)

kredit: Mastura Hamzah
(group Resepi Air Fryer [Malaysia])

Sunday, July 07, 2019

Resepi Sambal Perap (Ikan, Ayam, Sotong, Daging & Lain-Lain)


Resepi Serta Cara Membuat Membuat Sambal Perap Untuk Bakar Ikan, Ayam, Sotong, Daging, Udang Dan Sebagainya.

Bahan-Bahan
Cabai kering
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Jintan manis
Jintan putih
Serbuk kunyit
Sos cili
Sos tiram
Gula
Garam
Minyak untuk blend

Cara-Caranya
-Satukan semua bahan pastu blend dengan minyak (jangan blend dengan air)
-Lumur pada bahan yang nak dibakar (lagi lama kita perap lagi sedap sebab bahan perap meresap dalam bahan mentah tadi)

kredit: Masni Bahari (group mahn)

Thursday, July 04, 2019

Air Fryer: Resepi Simple Ayam Bakar (Seketul Peha)


Resepi Menggunakan Air Fryer Dan Cara Membuat Ayam Bakar Simple Untuk 1 Bahagian Peha.

Bahan-Bahan
1 Bahagian Peha Ayam
Bawang Holland blend 2 sudu
Sos tiram 1 sudu
Kicap manis 1 sudu
Cuka makan 1 sudu (optional)
Maggi cukup rasa 1 sudu

Bakar 180, 10 minit
Terbalikkan tambah lagi 10 minit..

* tak perlu sapu minyak

kredit: Sarieda Awang
(group Resepi Air Fryer [Malaysia])

Sunday, June 30, 2019

Resepi Daging Masak Hitam Simple & Sedap


Resepi Dan Cara Membuat Daging Masak Hitam Simple Dan Sedap

-Bahan-Bahan-
500g daging potong nipis
3 biji bawang merah
2 batang serai
5 ulas bawang putih
4 biji cili kering

--Rempah Tumis--
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar kicap masin adabi
3 sudu besar kicap lemak manis adabi
Sedikit air, garam dan gula

---Cara-Caranya---
1. Blanderkan bawang merah, bawang putih, serai dan cili kering. Tumiskan rempah dan bahan yang dibland tadi.
2. Kemudian, masukkan daging. Kacau sebati dan tambah sedikit air. Tutup sekejap jika perlu.
3. Masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis. Tambah lada hitam dan biji ketumbar yang telah ditumbuk. Kacau sebati.
4. Boleh masukkan kicap manis dan masin. Tambah secubit garam dan gula. Tutup periuk dan kecilkan api selama 20 minit.
Biarkan daging empuk dan masak.
5. Selepas 20 minit boleh angkat. Kuah akan pekat dan daging pun memang lembut.

kredit: fb Bahiah Saripuddin (#dapurcheyah)

Wednesday, June 26, 2019

Resepi Donut Gebu Gemuk Dan Sedap


Resepi Dan Cara Membuat Donut Gebu Gemuk Dan Sedap

Bahan-Bahan
1kg tepung gandum
1 paket mauripan
2sb bread improver
2 biji telur
3sb susu pekat
2sb gula
3sb membukit marjerin
Sedikit garam
Air suam (agak2)

Cara-Caranya
-Macam biasa satukan air suam + susu+ gula+ mauripan biarkan smpai kembang (+-10min)
-tpg gandum + marjerin + telur + b.improver + garam.. gaulkn jd serbuk roti
-Campurkan air tadi dengan tepungg uli sampai tak melekat ditangan.. masuk air agak2 je, tuang sikit2..
-Biarkan doh kembang selama 40+min cmtu..
-Ambil doh sejemput jadikan leper macam dalam gmbar letak atas baking paper..biarkan naik sekejap baru tekan dengan acuan berlubang tadi.. buat smpai abis..

Tips/idea buat lubang donut
-Beli acuan semperit, potong bahagiann bunga, hujung acuan tu hitam sebab guna pisau, saya panaskan senang nk kerat/potong.
-Bila donut dah naik separuh baru cucuk lubang tengah2 tu. kemudian tunggu naik lagi baru goreng..

kredit: Cik Puan Noura (group mahn)

Tuesday, June 25, 2019

Air Fryer: Resepi Loaded Bread Pudding


Resepi Menggunakan Air Fryer Dan Cara Membuat Loaded Bread Pudding Simple Dan Sedap.

Bahan-Bahan
-1 biji telur gred A
-Esen vanila
-3 keping roti potong 2
-Butter (untuk sapu di roti)
-1 sudu makan Gula perang
-250 ml Susu full krim/susu cair
-Susu pekat manis
-Cranberry
-Coklat beryl's(bentuk coin)
-Hazelnut
-Walnut

Cara-Caranya
-Susun roti yang di sapu butter. Letak dalam bekas bakar, sapukan susu pekat manis Dan taburkan cranberry n coklat beryl's.

-Tindih dengan roti lagi yang dah siap sapu butter, ulang buat yang sama mcm di atas smpai penuh bekas. Last tabur coklat, cranberry Dan kacang2 tadi (Hazelnut dan Walnut)

-Ambik bekas lain, kacau telur, susu dan gula perang, masukkan esen vanila. Kacau smpai sebati. Tuangkan ke dalam bekas roti tadi.

-Panaskan air fryer selama 3 minit dengan suhu 160 darjah.

-Masakkan guna air fryer selama 10 minit dalam suhu 180 darjah.

kredit: Julia Jsd Kuantan (group Resepi Air Fryer [Malaysia])

Kereta & Motor

[keretaNmotor][recentbylabel2]

IT Terkini

[IT-Kini][recentbylabel2]
Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done