Resepi Serta Cara Membuat Roti Bantal

Resepi ban manis
Sesuai untuk semua jnis ban

Resepi untuk 500g (Bahan-Bahan)
500g tepung roti
90 g gula halus
7 g garam halus
28 g shortening
30 g marjerin
10 g yis
3g magic improver/atau bread improver
266 ml air sejuk
(Air sukatan anggaran sahaja) jadi masukkan air sikit-sikit ikut kelembutan doh masing-masing

Resepi untuk 250 g (Bahan-Bahan)
250 g tepung roti
45 g gula halus
4 g garam halus
14 g shortening
15 g marjerin
5 g yis
2 g magic improver/atau bread improver
133 ml air sejuk
(Air sukatan anggaran sahaja jadi masukkan air sikit dulu ikut kelembutan doh masing-masing)

Cara-Caranya
-Campur semua bahan kecuali yis dan air sejuk
-Sebatikan bahan, masukkan air sejuk dan adun sekejap
-Kemudian masukkn yis dan adun hingga elastik

kredit: Fierah Zulaikha (group mahn)