Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri Melayu. Negeri-negeri itu ialah:Johor,Terengganu,Kelantan,Kedah dan Perlis.

Kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi hanyalah sebagai satu terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri Melayu berkenaan. Johor menandatangani Perjanjian perlindungan pada tahun 1885 dan akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904.

Dibawah Perjanjian Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pegawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat".

Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.

Kesemua negeri ini kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang merupakan sebahagian daripada Malaysia.

-sumber-wikipedia

0 Ulasan