PARTI KOMPONEN PAKATAN RAKYAT

Parti KeADILan Rakyat(PKR, juga dikenali sebagai KeADILan)-adalah salah sebuah parti pembangkang di Malaysia yang merupakan hasil gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Parti Islam Se-Malaysia(PAS)-adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam.

Parti Tindakan Demokratik (DAP: Democratic Action Party) -adalah parti serpihan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP: People's Action Party) di Singapura yang diasaskan pada Oktober 1965 sebelum didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian sebagai salah satu parti politik Malaysia, pada 18 Mac 1966.

VS


PARTI KOMPENEN BARISAN NASIONAL

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO) adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak merdeka lagi. Ia dikenali sebagai penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam tulen, yang memperjuangkan bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir.

Persatuan Cina Malaysia (MCA)-Malaysian Chinese Association) merupakan sebuah parti politik yang terdapat di Malaysia yang mewakili etnik Cina Malaysia, satu daripada tiga parti komponen utama bagi parti gabungan di Malaysia yang dipanggil sebagai Barisan Nasional (BN).

Kongres India Se-Malaysia( Malaysian Indian Congress) merupakan sebuah parti politik di Malaysia dan satu daripada anggota pengasas, parti gabungan, Barisan Nasional, sebelumnya dikenali sebagai Parti Perikatan, yang mana ia telah berkuasa memerintah negara Malaysia sejak kemerdekaan pada 1957.

-sumber-wikipedia