Bina replika dengan 4 juta batang mancis


SOUTHAMPTON - Seorang pesara lelaki di Britain, David Reynolds mencipta rekod dunia selepas dia berjaya membina replika sebuah pelantar minyak di Laut Utara, Britain dengan menggunakan empat juta batang mancis, lapor sebuah akhbar semalam.

Reynolds, 51, bekas pekerja pelantar cari gali minyak di Laut Utara itu mengambil masa selama 15 tahun dan berbelanja £5,000 (RM27,554) untuk membeli batang mancis dan gam.

Model yang baru siap itu dibuat daripada 4,075,000 batang mancis dengan berat keseluruhan mencecah satu tan serta ketinggian 3.7 meter dan panjang 6.4 meter.

Ia kemudian diiktiraf oleh pihak Guinness World Records apabila mengatasi rekod sebelum ini iaitu replika sebuah kapal Titanic yang menggunakan 3.5 juta batang mancis.

Reynolds yang tinggal bersama dengan isterinya, Julie, 49, di sini menyifatkan model luar biasa itu merupakan hasil usahanya yang pada asalnya bermula sebagai hobi.

Jurutera yang bersara pada 1998 itu mula membina replika pelantar minyak Brent Bravo itu sejak 1994. - Agensi

-sumber-kosmo

4 Ulasan

  1. Informasi yang sangat menarik sahabat... Terima kasih sudah berbagi informasi ini :)

    BalasPadam
  2. gila...nie kerja orang tekun dan banyak bersabar.. patut jadi contoh terutamanya pada aku yang agak pemalas nie...

    BalasPadam