NORWICH, Britain - Seorang wanita, Margaret Butcher menemui buah epal pelbagai warna di sebatang pokok di belakang rumahnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia menemui buah epal itu semasa berpindah ke rumah yang didiaminya sekarang lima tahun lalu.

Butcher mendapati buah itu mempunyai rasa yang berlainan daripada buah epal biasa dan tidak mengetahui jenisnya.

Tidak ada sesiapa yang dapat mengenal pasti jenis epal itu menyebabkan dia membawanya ke pejabat Himpunan Buah-Buahan Kebangsaan di Faversham, Kent yang menempatkan 2,200 jenis epal.

Pakar-pakar kemudian mengesahkan ia merupakan sejenis epal yang baru ditemui dan membenarkan Butcher untuk memberikannya nama.

Butcher kemudian menamakan buah itu Lakenham Glory sempena dengan nama satu tempat di Norwich. - Agensi

-sumber-kosmo