Fosil tengkorak pliosaur ditemui



DORSET - Satu fosil tengkorak sejenis raksaksa laut prasejarah sepanjang 16 meter ditemui di selatan perairan England, lapor sebuah akhbar semalam.

Raksaksa dinamakan pliosaur itu memiliki berat sehingga 12 tan dan tinggal di dalam lautan kira-kira 150 juta tahun lalu.

Fosil kepala pliosaur yang kini 90 peratus lengkap dan berukuran 2.5 meter panjang itu ditemui oleh seorang pengumpul fosil, Kevan Sheehans di tepi pantai Teluk Weymouth, dekat sini.

"Sepanjang 40 tahun saya mengumpul fosil, saya kerap cemburu dengan penemuan orang lain. Namun, saya kini boleh berkata, ini bukan fosil tetapi pliosaur, raksaksa prasejarah terbesar," katanya.

Fosil tersebut akan dianalisis secara saintifik sebelum ia dipertontonkan kepada orang ramai di Muzium Dorset. - Agensi

-sumber-kosmo

0 Ulasan