Lebuh raya atas laut terpanjang di Amerika

KEY LARGO, Florida 21 Okt. - Overseas Highway yang merentasi laut sejauh 204 kilometer di Florida Key telah dinamakan sebagai Jalan All-American.

Disiapkan pada 1938, Overseas Highway menggabungkan 42 jambatan di atas Lautan Atlantik, Florida Bay dan Teluk Mexico.

Gelaran Jalan All-American adalah pengiktirafan tertinggi di bawah program National Scenic Byways dan hanya 30 jalan raya di Amerika Syarikat (AS) dianugerahkan gelaran itu.

Pegawai majlis perbandaran Florida Key menjangkakan penganugerahan itu akan meningkatkan bilangan jumlah pelancong dan menambahkan dana lebuh raya.

"Gelaran ini membawa status antarabangsa kepada kami dan menambahkan bilangan pelancong domestik untuk merasai sendiri pengalaman melalui lebuh raya ini dari Key Largo ke Key West," kata Presiden Perikatan Koridor Indah Florida Key, Judy Hull.

"Ia akan membantu kami dalam menarik jumlah kedatangan pelancong dan memberi dana besar untuk pembinaan lebuh raya di masa akan datang," katanya.

Pada 1982, 37 daripada jambatan asal termasuk Seven Mile Bridge telah diperbesarkan. Kebanyakan jambatan bersejarah itu masih berdiri teguh bersama jambatan baru. - AP

-sumber-utusan

2 Ulasan

  1. salam,
    hebat jambatan tu, kalau kita juga boleh buat... pasti wawww...
    info disini sangat menarik, pasti saya datang lagi.

    terima kasih.

    BalasPadam