JIKA sebelum ini saintis angkasa lepas bertungkus-lumus menjalankan penyelidikan tentang bulan bagi memperoleh maklumat baru, usaha mereka akhirnya berbaloi dengan penemuan air di permukaan satelit semula jadi itu.

Penemuan itu dibuktikan melalui data yang diperoleh dari dua kapal angkasa lepas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang diturunkan ke permukaan bulan pada bulan lalu.

Saintis dapat mengesan kewujudan air dalam bentuk ketulan ais berdasarkan rekahan akibat daya hempasan kapal angkasa lepas terbabit dan dianggarkan sekurang-kurangnya 95 liter air dikesan daripada pendaratan pesawat tersebut. – AP

-sumber-utusan