GRETNA, Scotland - Sejumlah besar burung yang membentuk awan gelap kerana terbang di udara mungkin merupakan satu adegan filem fiksyen sains.

Bagaimanapun menurut sebuah akhbar semalam, imaginasi itu menjadi realiti di bandar Gretna apabila sejumlah besar burung perling terbang berkumpulan sekali gus membentuk pelbagai imej seperti anjing dan ikan paus di udara.

Burung itu terbang dalam satu kumpulan besar bagi mengelak menjadi mangsa burung lebih besar semasa kembali ke bandar tersebut pada musim sejuk.

Seorang anggota Persatuan Diraja Perlindungan Burung, Dr, Andre Farrar berkata: "Burung perling itu sama seperti ikan yang berenang dalam kumpulan besar demi menjaga keselamatan." - Agensi

-sumber-kosmo