Bebola api di ruang angkasa Afrika Selatan

JOHANNESBURG - Satu bebola api kelihatan di ruang angkasa dekat sini, yang dipercayai merupakan sebuah meteor, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang saksi berkata: "Kami melihat bebola api berwarna hijau. Ia datang dari angkasa."

Menurutnya, terdapat cahaya kilat seperti oren di angkasa sebelum diikuti dengan letupan.

Beberapa ahli astronomi dan saintis kini berusaha untuk mencari lokasi meteor yang terhempas itu.

Seorang pegawai di Planetarium Johannesburg, Claire Flanagan berkata, meteor kerap terhempas di seluruh dunia tetapi ia jarang dilihat oleh orang ramai. - Agensi

-sumber-kosmo

1 Ulasan

  1. xleh tinggal komen kat chatbox..prob.. klik watson ads tue :D

    BalasPadam