Bot 'angkasa lepas' buru pemburu paus

SYDNEY - Sebuah bot berteknologi era angkasa lepas dan terlaju di dunia serta pernah memecah rekod mengelilingi dunia pada tahun lalu akan digunakan untuk mengusir pemburu ikan paus Jepun bulan depan, kata aktivis-aktivis haiwan semalam.

Bot yang akan digunakan untuk mengejar kapal pemburu paus di laut selatan Australia itu mampu memecut sehingga 93 kilometer sejam.

Bot futuristik ini diberi nama Ady Gil atau pernah dikenali sebelum ini sebagai Earthrace mengelilingi dunia dalam masa 61 hari pada tahun lepas.

Jurucakap penaja, Paul Watson berkata, bot tersebut akan digunakan untuk menghalang kapal pemburu ikan paus Jepun menangkap ikan tersebut di perairan Antartika.

Watson berkata, operasi ini dibiayai oleh seorang ahli perniagaan Hollywood Ady Gil sebanyak AS$1 juta (RM3.37 juta). - AFP

-sumber-kosmo

1 Ulasan

  1. hebat tuuuu.. 93KM sejam eh..

    haa mst aku muntah atau loya kalau naik bot tersebut.. ahak

    BalasPadam