Kenapa sekejam ini?

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.

Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.

Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.

“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan anak perempuan supaya segera menghubungi balai polis berdekatan.

sumber-utusan

11 Ulasan

  1. makin menjadi-jadi sekarang ni.. knp la ada manusia mcm tu di negara ni.. moga hal mcm ni dijauhkan daripada kita..

    BalasPadam
  2. mengucap pjg sy pepagi nie..
    ape lah dosa anak malang tu..

    BalasPadam
  3. ya Allah tak habis2 lagi kes perogol bersiri ni...takut betul bila ada anak dara ni...

    BalasPadam
  4. umpama sampah mereka perlakukan mangsa....

    minta dijauhkan perkara sebegini...anak-anak berhati-hatilah kalian...

    BalasPadam
  5. manusia skang dah ganas mcm hape je. teruk!

    BalasPadam
  6. sngt kejam!T_T

    al-fatihah utk mngse..

    BalasPadam
  7. sapelah yg sanggup buat ni..memang nak kena sula @$%*&%^##@@

    BalasPadam
  8. isk2.. lebih teruk dr haiwan sape yg lakukan tu..

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam