'Pokok' dikesan di planet Marikh

CAPE CANAVERA - Sebuah kapal angkasa peninjau milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Angkasawan (NASA) merakamkan imej mirip pokok di planet Marikh, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, NASA menyatakan, 'pokok' itu sebenarnya serpihan tanah runtuh semasa ais mencair pada musim bunga di Marikh.

Imej itu menunjukkan deretan-deretan berbentuk kon yang bercambah dari beting pasir dan bukit bukau di permukaan planet tersebut tetapi pemandangan itu sebenarnya ilusi mata.

Gambar tersebut menunjukkan beting pasir yang dilitupi lapisan nipis karbon dioksida beku atau ais kering yang terletak kurang dari 384 kilometer dari kutub utara Marikh.

"Deretan pokok itu sebenarnya timbunan pasir yang terkumpul di kaki beting pasir.

"Pada masa ini, permukaan planet itu dilitupi lapisan kabut karbon dioksida," kata seorang saintis NASA Candy Hansen. - Agensi

sumber-kosmo

0 Ulasan