Polis Angkasa Gaban




Polis Angkasa Gaban (宇宙刑事ギャバン, Uchū Keiji Gyaban?) adalah satu watak dalam siri kanak-kanak yang berasal dari Jepun, selain Kamen Rider, Ultraman, dan Super Sentai. Siri ini mula ditayangkan di slot pukul 7 malam di TV Asahi bermula daripada bulan 5 Mac 1982 dan berakhir pada 25 Februari 1983. Filem animasi ini dihasilkan oleh syarikat Toei dan mengandungi 44 episod.

Pada 1960-an hingga 1970-an menyaksikan era keemasan wira-wira televisyen. Sejak tahun 1960-an hingga 1970-an, banyak siri lain yang dihasilkan termasuk Ultraman, Kamen Rider, Go Rangers dan seterusnya diikuti pula dengan Magma Taishi, Iron King, Spectreman, Lion Maru, dan lain-lain lagi. Syarikat Toei adalah studio yang paling aktif menghasilkan siri-siri pada waktu tersebut. Pada penghujung era tersebut (1982), Syarikat Toei ingin menampilkan suatu siri yang berlainan. Mereka akhirnya menghasilkan "The Uchu Keiji" ataupun "Space Sheriff" (maksud secara terjemahan terus adalah "Inspektor Polis Angkasa" atau "Detektif").

Siri pertama Uchuu Keiji Gyaban mendapat sambutan yang menggalakkan dan dianggap berjaya. Oleh sebab inilah siri ini diteruskan pada tahun 1983 dan 1984: Uchuu Keiji Shariban dan Uchuu Keiji Shaider..

sumber-wikipedia

7 Ulasan

  1. gaban
    feveret masa kecik dulu
    he he he
    agak2 ada ke stesen tv nak tayang lg?
    rindu plak tetiba...

    BalasPadam
  2. Bestnya zaman kecik2 dulu....Gaaaaabaaaaaaaaaaannnn :)

    BalasPadam
  3. Gaban start di jepun thn 1982-1983 tp...sepuluh thn lps tu ke baru msk malaysia...lamenyer...

    BalasPadam
  4. yg ni cam x penah dgr je... hoho...

    BalasPadam
  5. i leb gaban!! ahak

    BalasPadam
  6. Saya rasa saya saya tengok gaban nie pada tahun 86 atau 87, pastu diulang siaran lagi .. gaban x potong dua... sunat sudah...

    BalasPadam