Kemurkaan Allah terhadap Nabi Adam

NABI Adam dan isterinya telah melanggar larangan Allah daripada memakan buah khuldi. Allah telah berpesan kepada Nabi Adam bahawa jangan mendekati pokok khuldi itu. Allah juga mengingatkan baginda bahawa iblis itu adalah musuhnya, tetapi baginda masih terpedaya dengan pujukan iblis tersebut.

Dengan perasaan sedih dan penuh penyesalan, Nabi Adam dan isterinya, Hawa meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Nabi Adam berkata bahawa sesungguhnya baginda telah menganiaya dirinya sendiri.

Sekiranya Allah tidak mengampuni dirinya, baginda akan menjadi seorang yang rugi untuk selama-lamanya.

Dengan nada marah, Allah berfirman kepada Nabi Adam dengan mengatakan bahawa Dia telah memberikan tempat untuk Nabi Adam dan isterinya di syurga yang penuh dengan segala bentuk nikmat. Cuma satu yang dilarang iaitu memakan buah khuldi tetapi buah itu ternyata lebih diinginkan oleh Nabi Adam berbanding dengan segala isi lain yang ada di syurga.

Nabi Adam berasa sangat sedih apabila mendengar firman Allah itu. Air mata baginda dan isterinya jatuh berlinangan tanpa henti. Nabi Adam mengatakan bahawa baginda sungguh tidak menyangka iblis sanggup berbohong kepadanya dengan bersumpah atas nama Allah.

Allah memutuskan bahawa Nabi Adam dan isterinya harus meninggalkan syurga. Mereka akan diturunkan ke bumi. Di bumi mereka akan bersusah payah, mencurahkan keringat dan air mata untuk mencari rezeki.

Dengan air mata yang berlinangan, disulami dengan perasaan sedih dan takut, Nabi Adam bersimpuh sambil menundukkan kepala dan meminta ampun, "Tuhanku! Tuhanku! Ampunilah aku! Ampunilah aku!"

Air mata Nabi Adam dan isterinya semakin banyak bercucuran. Kedua-duanya menangis tersedu-sedu sambil menanggung penyesalan yang tidak terkira di atas kesalahan yang dilakukan akibat terpedaya dengan pujukan iblis itu.

lPetikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

sumber-utusan

5 Ulasan

  1. mengenang sejarah yang lalu supaya tidak berulang dan dijadikan pengajaran......

    BalasPadam
  2. salam ziarah~

    hari tu ustaz sy pernah cerita, pasal nabi Adam ni. cerita dari satu kitab dlm bhs arab. tak pasti apa tajuknya.

    kata ustaz, Adam dan Hawa mmg dah ada di bumi dari awalnya. di Yaman, satu masa dahulu. masa tu yaman sngat cantik, ibaratkan syurga.

    sy tak pernah dgr pun versi ni. ustaz suruh fikir balik, masa iblis nak hasut mereka makan buah khuldi tu. boleh ke iblis nak masuk dalam syurga? sedangkan nak cium bau syurga pun Allah tak benarkan.

    syurga ialah tempat balasan org yg buat kebaikan. mcam mana nabi Adam boleh masuk sedangkan masa tu belum ada apa2 amalan atau ibadah yg Allah suruh buat.

    sekadar berkongsi. sy pun tak pandai sgt agaman, tgh cuba utk bandingkan cerita2 ni.

    BalasPadam
  3. buat miss Amanina,
    bicara agama tidak boleh hanye berdasarkan 1 Guru shj ye..
    sye ta ckp ustaz 2 salah @ betol...
    hujah mesti dikuatkan dgn bukti @ fakta..

    sepengetahuan sye dr pengajaran mualim, ustaz & hasil pembacaan,
    Iblis smmg nye penghuni syurga yg dihalau keluar...
    kn ade diceritakan Iblis menyusup masok melalui seekor ular penjaga pintu *betolkn andai sye salah*

    lg satu,
    mmg benar syurga itu hanye tpt org mendapat balsan baik,
    namun jgn kite lupe,
    Allah berkuasa terhadap semua pkr...
    jike Allah benarkan ia terjadi,
    shiapa kita utk menghalangnya..
    syurga neraka hak Allah,
    kita tidak boleh mempertikaikan betl @ tidak.
    same seperti Qada & Qadar..

    sekian...
    wassalamu

    BalasPadam
  4. thanks for the reply. :)

    sy pun tak mengiakan apa yg ustaz sy cakap. sbb sy pun baru pertama kali dgr, susah nak percaya terus macam tu. sy teringin nak baca sendiri kitab yg ada tentang kisah ni. malangnya, kelemahan diri tak pandai arab.

    sama2la kita teruskan mencari ilmu ye.

    BalasPadam
  5. amanina~
    mari mari hom haha
    mari kite saling mencurah ilmu...*winks*

    BalasPadam