Laman bahaya dedah maklumat di Internet


NEW YORK - Pengguna-pengguna Internet tanpa disedari memberi ruang kepada perompak untuk memecah masuk ke rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagi peringatan kepada pengguna, laman web terbaru, pleaserobme.com yang bermaksud sila rompak saya, menyiarkan panduan mengenai bahayanya berkongsi maklumat terperinci mengenai pengguna-pengguna Internet yang memberitahu dunia bahawa mereka tidak berada di rumah.

Laman itu diwujudkan tiga rakan baik dari Belanda, Boy van Amstel, Frank Groeneveld dan Barry Borsboom.

Ia tidak memberikan maklumat terperinci mengenai lokasi rumah pengguna-penggunanya.

Pencipta-pencipta laman itu sebenarnya bukan untuk membantu perompak mengesan rumah yang ditinggalkan pemiliknya tetapi mereka mahu menghantar mesej kepada pengguna-pengguna rangkaian sosial mengenai bahaya berkongsi banyak maklumat di Internet.

Laman itu diwujudkan sebagai percubaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah yang akan timbul akibat berkongsi mesej tersebut.

"Kami mendapati pengguna-pengguna terbabit gemar memeriksa keadaan kediaman mereka dan lebih buruk menyemak di mana kedudukan ahli-ahli keluarga atau kawan mereka yang merupakan perbuatan yang silap," kata Von Amstel.

Laman pleaserobme.com itu sebenarnya menyediakan panduan untuk pengguna melindungi butiran peribadi yang boleh dikesan oleh penjenayah di Internet.

Pada minggu lalu, Google mencetuskan kritikan banyak pengguna Internet apabila mewujudkan aplikasi rangkaian sosial terbaru Buzz yang didakwa mendedahkan maklumat terperinci pengguna termasuk lokasi mereka yang diketahui semua pengguna. - Agensi

sumber-kosmo

3 Ulasan

  1. ish ish sungguh bahaya zaman sekarang ni~berhati2 jgn open sgt di tenet ni

    BalasPadam
  2. zaman sekarang,zaman melenium...

    BalasPadam
  3. bahaya betull...perompak pun smart IT..erm nak update status pun kena hati2.. kawan2 kita tuh yang jadi perompak...

    BalasPadam