Haiwan seperti gorila di Marikh

LONDON - Adakah terdapat seekor gorila raksasa berbulu kelabu di planet Marikh?

Menurut sebuah akhbar semalam, beberapa peminat fanatik angkasa lepas mempunyai pendapat seperti itu selepas melihat gambar yang dihantar oleh sebuah robot kenderaan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dari Marikh ke bumi.

Seorang peminat angkasa lepas, Nigel Cooper yang mengkaji beribu-ribu gambar yang dirakamkan oleh sebuah robot milik NASA, telah mengemukakan pandangannya di Internet dan berkata: "Ia (gambar mirip gorila) seperti satu makhluk."

Cooper yang berusia 43 tahun dari bandar Grimsby, England kemudian menegaskan: "Saya yakin ada kehidupan di sana (Marikh)." - Agensi

sumber-kosmo

4 Ulasan

  1. menatang uncle dah telepas ke sini..nasib baik ko tangkap..terim kasihhh

    BalasPadam
  2. Hehehe sejak bila pulak uncle bela menatang tu...apa-apa pun bukankah setiap planet tu ada penghuninya kan...

    BalasPadam
  3. salam,
    info yang bernilai buat para saintis, semoga saja mereka dapat membuktikan ada kehidupan di marikh.
    kita tunggu kajian mereka yang seterusnya...
    saya memang tertarik dengan info begini, maklum saya orang kampung...hehe

    terima kasih ultraman, semoga 'raksasa' tu boleh dihapuskan. tapi selamatkan 'laksa' kita...wkwkwkwkwkk

    BalasPadam
  4. rasa mcm batu berbentuk gorila je..tapi sape je yang tau kan..hanya ALLAH sahaja yang tau

    BalasPadam