Mutiara Doa 2

Doa mohon perlindungan daripada penyakit berat
"WAHAI Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit berat." (Riwayat Abu Daud).

Doa memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)
"YA Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau."

Doa anak untuk ibu bapa
"YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil."


Doa ketika keluar dari rumah
"DENGAN nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal kepada-Nya dan tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah".

"YA, Allah. Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, jangan sampai aku sesat dan disesatkan (syaitan atau orang yang berwatak syaitan), berbuat kesalahan atau disalahi, menganiaya atau dianiaya (orang) dan bodoh atau dibodohi".

Doa apabila masuk rumah
"DENGAN nama Allah kami masuk (ke rumah), dengan nama Allah, kami keluar (darinya) dan kepada Tuhan kami, kami bertawakal".

sumber-metro

1 Ulasan