MUTIARA DOA

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian
"Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku."

Doa ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan
"Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan duka cita dengan mudah jika Engkau kehendaki."

Doa ketika sesuatu penyakit merebak
"Aku membenteng diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tia-tiap sesuatu."

Doa apabila melihat orang mendapat bencana
"Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah diuji dengannya; dan telah memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang."

sumber-metro

1 Ulasan