Nissan cipta kereta separuh skuter

TOKYO - Gergasi kereta, Nissan meneroka lembaran baru permotoran dengan mencipta kereta separuh skuter dinamakan Land Glider, lapor sebuah akhbar semalam.

Kenderaan empat roda berkuasa elektrik itu memiliki lebar lebih separuh saiz kereta sedan keluarga dan direka khusus bagi kegunaan jalan bandar yang sibuk.

Dengan dua tempat duduk dan susun atur kabin seperti pesawat, Land Glider mampu melalui selekoh 'tajam' dan memiliki kelajuan maksimum sekitar 100 kilometer sejam.

Lebih canggih, kenderaan futuristik itu dilengkapi sistem cegah kemalangan automatik yang membolehkan ia mengesan kenderaan lain di sekitarnya sekali gus mengelakkan kemalangan seperti seekor ikan. - Agensi

sumber-kosmo

2 Ulasan

  1. mcm kereta nak tertanggal je, tkt gua tgk!

    BalasPadam
  2. agak2 kete ni bole bawak ulan alik johor perlis x???
    macam susah nak cayer je...

    BalasPadam