Ribery, Benzema akan dipenjara?


PARIS: Pelacur kelas atasan yang didakwa melakukan hubungan seks dengan tiga bintang bola sepak Perancis ketika masih di bawah umur mengaku mencintai ketiga-tiga lelaki terbabit.

Zahia Dehar, 18, berkata, beliau terkejut kerana tiga pemain terbabit mungkin dipenjara tiga tahun jika didapati bersalah melakukan seks dengan remaja bawah umur.
Zahia menegaskan, Franck Ribery, 27, Karim Benzema, 22, dan Sidney Govou, 30, melayannya dengan penuh hormat dan mereka tidak sepatutnya didakwa.

Ribery, kini beraksi untuk Bayern Munich dan dipercayai bakal dibeli Chelsea dengan harga £40 juta (RM196.9 juta) dilapor menerbangkan Zahia yang berdarah Maghribi Perancis itu ke sebuah hotel di Jerman musim bunga tahun lalu. Polis kemudian mendakwa beliau membayar Zahia £2,000 (RM9,847) untuk melakukan seks pada masa itu dan beliau turut melanggan Zahia selepas itu di Perancis.

Zahia adalah seorang daripada 18 gadis disoal-siasat polis selepas rumah pelacuran Cafe Zaman, Champs Elysee diserbu minggu lalu.

Zahia mengaku ketiga-tiga pemain membayar £2,000 (RM9,847) untuk melakukan seks dengannya.

Meskipun pelacuran dibenarkan Perancis tapi remaja bawah umur dilarang melakukannya.
Zahia yang menetap di Paris turut didakwa meraikan hari jadi ke-18 bersama Ribery, beberapa bulan selepas beliau dilanggan pemain itu. Ketika disoal majistret, Ribery mengaku bertemu Zahia beberapa kali pada 2009.

Jika didapati bersalah, Ribery boleh dipenjara maksimum tiga tahun dan denda £40,000 (RM197,000).

“Hakim Andre Dando belum memutuskan sama ada Ribery akan dihukum.

“Beliau mengaku melakukan hubungan seks dengan Zahia tapi menafikan mengetahui beliau masih di bawah umur.

“Beliau dan dua lagi pemain berdepan masalah serius jika mereka didapati tahu Zahia masih di bawah umur ketika melanggannya,” kata sumber mahkamah Paris.

Seorang lelaki dikenali sebagai Abou daripada siri realiti Perancis turut disoal-siasat kerana didakwa menjadi orang tengah memperkenal ketiga-tiga pemain kepada Zahia.

Meskipun pendedahan baru itu dibuat media, peguam Ribery, Sophie Bottai terus menafikan anak guamnya meniduri Zahia.

“Skandal ini tidak membabitkan anak guam saya dan paling terukpun ia hanya sebahagian daripada hidup peribadinya,” katanya. Peguam Govou dan Benzema turut menafikan anak guamnya bersalah. - Agensi

sumber-metro

1 Ulasan