Robot Reem B

Dihasilkan oleh Teknologi Robotik Pal , Reem B merupakan sebuah robot humanoid (berbentuk manusia) kedua dihasilkan selepas Reem A.

Berketinggian 147 sentimeter (sm) dan berat 60 kilogram (kg) menjadikan Reem B seolah-olah manusia.

Reem B boleh membawa berat badannya sendiri tanpa bantuan dan memiliki laser pada bahagian kaki bagi memastikan ia mampu melangkah dan memetakan perjalanannya sendiri.

Memiliki 12 motor untuk menggerakkan sendi jarinya, ia boleh menaiki serta menuruni tangga tanpa sebarang bantuan.

sumber-utusan