Kartun Hagemaru


Tsurupika Hagemaru, (bahasa Jepun: つるピカハゲ丸, "Hagemaru Si Botak Kecil") atau popular sebagai Hagemaru, merupakan sebuah manga yang diterbitkan pada 1985-86 di Jepun. Manga ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak cilik yang bernama Hagemaru di samping idea-idea yang dipaparkan mengenai penjimatan wang itu dikarang oleh Shinbo Nomura.

Manga ini mendapat sambutan yang hangat di seluruh pelusuk Jepun. Dengan popularitinya, sebuah anime telah diterbitkan oleh studio animasi Shin'ei Doga pada 1988. Ia diarahkan oleh Hiroshi Sasagawa dan disiarkan melalui TV Asahi. Siri televisyen yang mengandungi 59 episod itu turut mendapat sambutan yang hangat, dan atas popularitinya sebuah permainan turut dicipta bagi warna Game Boy. Sejak daripada itu, Tsurupika Hagemaru disiarkan di seluruh dunia terutamanya di India melalui Pogo TV.

Tsurupika Hagemaru meraih pengiktirafan Anugerah Manga Shogakukan pada 1988 bagi kategori manga kanak-kanak.

sumber-wikipedia

10 Ulasan

  1. walaopom kelakar tapi x suke sangat sebab mcm diorg ajar bende yg x patot~ kalo budak2 tgk musti die ikot kan~ wuwuwu~

    BalasPadam
  2. hemo...hemo...

    detektif conan pon ok :)

    BalasPadam
  3. salam...anak2 akak suka tengok hagimaru nih...kat astro...

    BalasPadam
  4. hagemaru ni kee kartun kedekut tu..huhu

    BalasPadam
  5. psssttt sailormoon ade tak?? hehehe

    BalasPadam
  6. agagaga~
    slalu tengok ngan adik yg derjah 1 tu. hehe


    citer ni memang bes lah. hagemaru yg kedekot giler!
    :p

    BalasPadam
  7. Husband akak suka citer ni sebab mengajar pelbagai teknik berjimat-cermat walaupun mungkin disampaikan dalam cara yang agak melampau..

    BalasPadam
  8. Suka gak tengok citer hagemaru ni~
    tgk kat astro ceria~
    paling suka bila dia buat segmen 10 terbaik minggu ini~
    kahkah!
    Memang sengal~

    BalasPadam