Kartun naruto

Naruto merupakan satu siri manga yang dihasilkan oleh seorang artisan bernama Masashi Kishimoto yang mana ianya turut mempunyai rancangan anime atau animasi televisyen tersendiri dengan judul yang sama. Berkisarkan tentang watak utama yang bernama Naruto Uzumaki, seorang pemuda yang bersikap nakal, hiperaktif dan tidak mendapat pengiktirafan oleh masyarakat sekitarnya. Naruto bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja, selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk mendapat pengiktirafan dan membuang tanggapan negatif masyarakat sekitar terhadap dirinya.

Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1999 dan telah diterbitkan oleh Shueisha di dalam majalah Shōnen Jump isu ke-43. Versi Bahasa Inggeris pula telah diterbitkan oleh Viz Media di dalam Shōnen Jump versi Amerika, di mana ia menjadi jualan siri manga tertinggi syarikat tersebut. Di Malaysia, siri manga Naruto versi Bahasa Melayu telah diterbitkan oleh Comics House.

Siri anime Naruto pula telah diterbitkan oleh Pierrot dan Aniplex Inc., telah membuat kemunculan sulungnya di seluruh rangkaian televisyen di Jepun termasuklah di rangkaian Animax pada 3hb Oktober 2002, di mana ianya masih lagi ditayangkan. Naruto juga membuat kemunculan sulung di dalam rangkaian Cartoon Network, Amerika pada 10hb September 2005 dan di rangkaian YTV, Kanada pada 16hb September 2005. Manakala, kemunculan siri ini di United Kingdom telah bermula pada 22hb Julai 2006 di rangkaian Jetix dan kemunculan di Australia dalam rangkaian Toasted TV pada 12 Januari 2007. Di Malaysia, siri ini mula ditayangkan dalam rangkaian Astro Ria pada tahun 2004 dan juga dirangkaian TV3 pada tahun 2005. Kemasyhuran siri Naruto ini sering kali diperbandingkan dengan pencapaian siri manga/anime klasik seperti Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama.

sumber-wikipedia

5 Ulasan

  1. aku layan naruto sejak aku form 3. sekarang dah grad dari universiti still tak abis2 lagi cite die. haha

    BalasPadam
  2. cite pnjang mcm ni la..
    mcm dragon ball dlu2..haha

    BalasPadam
  3. aku mmg mnat giler naruto..smpikn bli smua ptung naruto yg ku nmpk..hehehe...tp hero pujaan krole jiraya..tetap dihati..wuhuhu..

    BalasPadam
  4. hah lagi satu fav aku..One Piece~ hehee mencelah skit~

    BalasPadam
  5. cakura musang tetap dihati... PEACE...

    BalasPadam