Doa anak untuk ibu bapa

"Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil."

Doa memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)

"Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau."

Doa untuk mengelak daripada bahaya

"Apa yang dikehendaki Allah tetap berlaku, tiada daya upaya melainkan dengan kuasa Allah."

Doa mohon perlindungan daripada penyakit berat

"Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit berat." (Riwayat Abu Daud).

Doa tolak bala

"Elakkan daripada kami segala jenis bala bencana di dunia dan akhirat, juga bahaya di dunia dan akhirat. Elakkan daripada kami kejahatan musuh dari kalangan manusia dan jin, juga kejahatan syaitan dan iblis. Elakkan daripada kami bahaya di udara dan yang turun dari langit, bahaya yang keluar dari bumi dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Mengasihani berbanding yang lain."

"Ya Allah, restulah dan sejahteralah junjungan kami Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda semuanya. Segala puji-pujian itu hanya bagi Allah Tuhan semesta alam".

sumber-metro