Usop Sontorian

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996

Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.

Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.

Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.

Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.

sumber-wikipedia

12 Ulasan

  1. citer zmn knk2 dlu..
    rndu plk nk tgk..

    BalasPadam
  2. OMG! lama gila da katun ni!
    huhu ingat lagi x "yookies"?
    comel juga! hehe

    BalasPadam
  3. dulu saya minat juga dengan si usop ni... harap2 ada versi 3D nanti.

    BalasPadam
  4. antara kartun terbek buatan malaysia..

    BalasPadam
  5. wow rindu aku kat sing ngan lembu beliau.. PEACE...

    BalasPadam
  6. Dah lama betul tak dengar pasal usop sontorian ni....memang besh...

    BalasPadam
  7. suka katun ni!
    usop selalu gaduh dgn abang dia.
    kelakar.

    BalasPadam
  8. Rindu sgt2 nak tgk cter nie..
    peberet kartun time kecik2 lu..hehe

    BalasPadam
  9. teringat lak zaman kecik2 dulu...siap kumpol tape lagi...

    BalasPadam
  10. Sekarang ni budak2 dah x tau siape tu usop sontorian,kluang man...sebab dah ade perganti...iaitu Upin dan Ipin....hehe~

    BalasPadam