Pekerja wanita dipecat kerana terlalu seksi
NEW YORK - Seorang ibu tunggal berusia 33 tahun, Debrahlee Lorenzana memfailkan saman terhadap bank Citigroup kerana dia dipecatnya atas alasan penampilannya yang terlalu menawan dan seksi, lapor sebuah akhbar semalam.
Lorenzana dipecat dari cawangan sebuah bank tersebut di New York selepas diberitahu bahawa pakaian dan bentuk tubuhnya 'terlalu mengganggu' pekerja pejabat yang didominasi oleh kakitangan lelaki.
Dia yang berasal dari Puerto Rico itu pernah diberikan senarai pakaian yang tidak boleh dipakai, termasuk skirt, sut ketat dan kemeja polo.
"Semua pakaian yang saya pakai adalah sama seperti yang dipakai pekerja dalam dunia korporat Amerika.
"Tanggapan mereka (majikan dan pekerja-pekerja lain) terhadap pakaian yang saya pakai amatlah mengecewakan," katanya.
Namun, Lorenzana menyatakan dia berhak untuk memakai pakaian yang menjadi pilihannya sendiri.
"Saya dibesarkan dalam budaya Latin. Kami feminin dan wanita di Puerto Rivo pandai berdandan, gemar bersolek dan merias kuku walaupun pun untuk ke pergi ke pasar raya," katanya.
Panel penimbang tara akan membuat keputusan mengenai saman itu.
Satu kenyataan daripada pihak Citigroup menyatakan saman mahkamah itu tidak mempunyai asas dan pihaknya akan mempertahankan diri. - Agensi
sumber-kosmo
1 Ulasan
hahaha Diorang tuh dah memang sesat... PEACE...
BalasPadam