Chibi Maruko-chan ataupun Maruko Kecil (Bahasa Jepun: ちびまる子ちゃん) adalah satu manga oleh Momoko Sakura yang amat terkenal dengan rancangan televisyennya. Rancangan anime televisyen terhasil daripada manga tersebut. Ia telah disiarkan secara original oleh Fuji Television dari tahun 1990 sehinggalah 1992.

Siri animasi ini telah lama disiarkan di Malaysia melalui saluran NTV 7 pada setiap Sabtu jam 11:30 pagi. Sebelum ini, ia pernah disiarkan di 8TV pada tahun 2004 tetapi ia adalah di dalam alih bahasa Bahasa Mandarin dengan sarikata Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, pada pertengahan 2005, rancangan ini telah diterjemaah ke dalam Bahasa Melayu di NTV 7 sehingga awal 2006 dan sejak 24 Mac 2006 hingga Julai 2007.

sumber-wikipedia