Kartun Guru Terampil Onizuka


Guru Terampil Onizuka (グレート・ティーチャー・オニヅカ, Gurēto Tīchā Onizuka?, "Great Teacher Onizuka" dalam bahasa Inggeris), singkatan sebagai GTO, ialah sebuah siri manga, anime, dan live-action shōnen karya Tohru Fujisawa yang mengisahkan Eikichi Onizuka, seorang bekas ahli bōsōzoku (geng motosikal) berusia 22 tahun yang berazam menjadi guru sekolah yang terhandal di Jepun. GTO merupakan penyambungan kepada siri-siri manga Fujisawa yang lain Shonan Junai Gumi (lit. "Kumpulan Cinta Sejati Shōnan) dan Bad Company. GTO memenangi Anugerah Manga Kodansha untuk kategori shōnen pada tahun 1998.

Manga GTO telah diadaptasi kepada sebuah siri drama live-action 12 episod yang dibintangi Takashi Sorimachi sebagai Onizuka dan Nanako Matsushima sebagai rakan setugasnya Azusa Fuyuzuki.

sumber-wikipedia

1 Ulasan

  1. wa telor ade koleksi buku GT0 ni dari n0 1 sampai abes 25 haha..

    BalasPadam