Kartun Initial D

Initial D(頭文字 (イニシャル)D; Inisharu Dī; lit., "Kashiramoji Dī") ialah manga oleh Shuichi Shigeno (しげの秀一) yang telah disirikan di Kodansha(講談社) Young (ヤングマガジン) sejak 1995. Ia telah diadaptasikan ke siri anime oleh Avex dan filem aksi oleh Avex dan Media Asia.

Anime dan manga ini memfokuskan kepada perlumbaan haram di Jepun, yang mana Initial D lebih menjurus di jalan bukit, dan tidak di kawasan bandaraya, dan stail perlumbaan drift secara keseluruhannya. Penghasilan Initial D dibantu oleh legenda drift terkemuka, Keiichi Tsuchiya dari segi pemantauan editorial. Kisah ini tertumpu di daerah Gunma di Jepun, yang mempunyai beberapa jalan bukit di sekitarnya. Walaupun sesetengah nama lokasi adalah difiksyenkan, namun kesemua lokasi di siri ini adalah berdasarkan kepada lokasi sebenar di Gunma.

sumber-wikipedia

1 Ulasan

  1. pasnie jgn pggil gua FARID

    paggil gua TAKESHI KENEISHIRO~



    HOOOHOHOHOHOHO:p

    BalasPadam