Perhentian bas paling mewah Britain

UNST - Sebuah pondok perhentian bas paling mewah di Britain menerima sentuhan tema bola sepak sempena kejohanan Piala Dunia 2010, lapor sebuah akhbar semalam.

Perhentian bas di kepulauan Shetland, Scotland itu dilengkapi dengan sebuah sofa, beberapa kusyen bertemakan bola sepak, sebuah televisyen, telefon dan bunga.

Sejak beberapa tahun lalu, ia berjaya menarik kehadiran ribuan pelancong yang kagum dengan dekorasi perhentian bas itu.

Inisiatif hiasannya bermula beberapa tahun lalu, selepas seorang lelaki meletak sebuah sofa dan meja di perhentian bas berkenaan. Manakala kemudahan lain termasuk sebuah komputer dan ketuhar gelombang mikro telah ditambah secara beransur-ansur oleh penduduk setempat.

Pelancong bagaimanapun, tidak dapat menonton perlawanan Piala Dunia di perhentian bas Unst kerana semua kemudahan itu merupakan hiasan semata-mata dan tempat itu tidak ada bekalan elektrik. - Agensi

sumber-kosmo