Ultraman Dyna - yusufultraman.com
News Update
Loading...

Thursday, June 17, 2010

Ultraman Dyna

Ultraman Dyna (ウルトラマンダイナ, Urotoraman Daina?) ialah sebuah rancangan TV tokusatsu Jepun yang telah disiarkan antara 6 September 1997 hingga 29 Ogos 1998. Siri ini adalah susulan langsung kepada siri Ultraman sebelumnya, Ultraman Tiga.

Sinopsis

Ultraman Dyna bermula pada zaman "Neo Frontier" di mana manusia telah sampai ke Marikh. Suatu hari, makhluk asing Sphere muncul dan menyerang "Neo Frontier". Shin Asuka yang baharu sahaja meyertai Super GUTS sedang dalam menjalani latihan penerbangan di atas permukaan atmosfera Bumi apabila mereka diserang.

Dia menujukkan kehandalannya di dalam pertempuran tersebut dan berupaya untuk mengatasi sendiri kehandalan juruterbang Ryoh. Bagaimanapun kapal terbangnya rosak teruk dan dia terpaksa melentingkan dirinya keluar untuk selamat, dan kemudian bertembung dengan suatu cahaya kilat dashyat.

Ekoran daripada situasi itu, Dyna bergabung kuasa ke dalam tubuh Asuka sekaligus menyelamatkan nyawanya. Apabila Sphere memasuki atmosfera planet Marikh dan berpadu dengan batu-batuan Marikh untuk membentuk raksasa, Asuka sekali lagi menyertai pertempuran sengit, tetapi apabila dia disakiti, dia bertukar menjadi Ultraman Dyna yang hebat.

Share with your friends

4 comments

  1. eee.... xsuka atomen berlagak macho jek... kekeke.

    ReplyDelete
  2. hensem giler asuka... no wonder i like to watch dis series... dyna.. ha8

    ReplyDelete
  3. memang peminat setia tomen ang ni :D

    ReplyDelete

Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done