Buat dadah resipi Internet

KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, pengedar-pengedar dadah dan penagih kini mampu menghasilkan dadah syabu seberat 10 kilogram bernilai ratusan ribu ringgit hanya dengan berpandukan maklumat daripada Internet di rumah.

Lebih menarik, modal yang diperlukan untuk melakukan kerja haram itu kira-kira RM2,000 sahaja.

Ketika mendedahkan perkara tersebut, seorang remaja yang dikenali sebagai Amir berkata, wang tersebut diperlukan untuk membeli lapan jenis bahan kimia bagi memproses dadah tersebut.

Dia yang pernah menyertai kumpulan memproses dadah setahun lalu berkata, wang tersebut juga digunakan untuk membeli tawas biru yang merupakan ramuan utama bagi memproses dadah tersebut.

"Sekiranya bahan kimia yang diproses itu mengalami kekurangan ramuan atau terlebih ramuan, seseorang penagih dadah itu boleh berhadapan dengan risiko kematian," katanya kepada wartawan Kosmo! baru-baru ini.

sumber-kosmo