Kartun SpongeBob SquarePants

SpongeBob SquarePants merupakan siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu.

Di Indonesia siri ini dipopularkan oleh LaTiVi, kemudian hak tayang acara-acara yang diterbitkan oleh Nickelodeon dibeli oleh Global TV. Kartun ini dicipta oleh seorang ahli biologi laut dan animator Stephen Hillenburg dan lalu diterbitkan melalui syarikatnya United Plankton Pictures Inc. Siri ini ditetapkan berada di Laut Pasifik di kota "Bikini Bottom" (ertinya bawah bikini) dan sekitarnya.

sumber-wikipedia

4 Ulasan