Bendera Malaysia dibakar lagi

Indonesia tidak akan kompromi

Mahu rundingan perbatasan diadakan segera

JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia menyatakan kesediaan berunding dengan Kerajaan Malaysia mengenai persempadanan perairan Berakit, di Kepulauan Riau, pada bila-bila masa.

Tiga anggota pengawal pengawasan perikanan Kementerian Kelautan dan Perikanan republik itu ditahan Polis Diraja Malaysia di perairan berkenaan beberapa hari lalu kerana menceroboh perairan Malaysia.
Menteri Luar terbabit, Marty Natalegawa menyatakan pihaknya akan memastikan kedaulatan Indonesia, lapor Kompas.com semalam.

“Kita memastikan bahawa yang menjadi kedaulatan kita, hak kedaulatan kita, kementerian tidak sedikitpun akan berkompromi. Kita mahu pastikan bahawa rundingan perbatasan dengan Malaysia dilaksanakan. Indonesia bersedia bila-bila saja,” kata Marty.

Sehingga kini Marty berkata, Malaysia belum bersedia untuk berunding.

“Malaysia belum siap. Mereka belum boleh berunding dengan Indonesia sebelum menyelesaikan hak sempadan dengan Singapura yang berkaitan dengan wilayah kita,” katanya.
Ketegangan di antara Malaysia dan Indonesia berterusan berikutan penahanan tiga pegawai maritim republik itu berikutan pertikaian sempadan.

Tiga pegawai terbabit mendakwa berada di perairan Bintan, Pulau Riau ketika mereka ditahan malam Jumaat lalu oleh pasukan polis Marin Indonesia, kata Aji Sularso, ketua pengarah pemantauan di Kementerian Hal Ehwal maritim dan Perikanan Indonesia.

Katanya pegawai terbabit ditahan sebaik saja republik itu menahan tujuh nelayan Malaysia kerana didakwa menceroboh kawasan penangkapan ikan di perairan Indonesia.

“Malaysia kata ia adalah wilayah mereka tetapi sebenarnya kawasan perairan kita,” kata Aji yang dipetik Jakarta Globe, Ahad lalu.

Mereka adalah sepasukan lima anggota peronda yang menahan nelayan Malaysia. Dua pegawai berkenaan menahan tujuh nelayan ke Sekupang, Batam manakala tiga yang lain menaiki bot nelayan Malaysia di mana mereka ditahan.

Indonesia turut mendakwa pihak berkuasa Malaysia melepaskan tembakan ke arah bot peronda Indonesia tetapi dinafikan polis Malaysia, sebaliknya ia adalah tembakan amaran.

Sementara itu, kira-kira 70 bendera Malaysia dilaporkan dibakar di Batam oleh Pemuda Pancasila sebagai bantahan dan protes terhadap kerajaan Malaysia.

Tindakan itu dilakukan di kawasan tempat letak kereta Terminal Feri Internasional Batam Center. Selain membakar bendera, Pemuda Pancasila Batam juga membakar sejumlah gambar pejabat Pemerintah Malaysia dan wang ringgit. – Agensi

sumber-berita harian

13 Ulasan

  1. kuang ajar lar diorang ni...

    BalasPadam
  2. eleh ~
    macam bagus jek nk baka bendera kita
    org depa tu dok tangkap org ske2 ati tu kenapakah?

    BalasPadam
  3. mmg kurang ajar..!! padahal ramai org dari sana yg datang sini cari rezeki... Geram betul..

    jom baca entri terbaru

    http://annazanariah.blogspot.com/2010/08/tip-menolak-permusuhan.html

    BalasPadam
  4. rasanya mereka dah haus darah, sebab dah lama tak anjurkan pembunuhan beramai-ramai.

    tahun 1998 orang cina diperkosa, dibunuh, dibakar hidup-hidup secara beramai-ramai.

    tahun 1998-1999 orang madura dibunuh dan dibakar hidup-hidup secara beramai-ramai.

    sekarang, tentu kepingin lagi.

    BalasPadam
  5. aduh tak habis2 nak gaduh...cuba lah berdamai...

    BalasPadam
  6. alah..indon ni tau bakar2 jer...konon brani sgt..kurang2 kita hantar kapal bantuan pg gaza dia jadi apa??jadi maid curi duit majikan boleh la..

    BalasPadam
  7. jahanam punya indon............

    BalasPadam
  8. knpa rakyat malaysia tak anjurkan bakar bendera indonesia pulak. kat sana pemerintah indon tak ambil tindakan pon ke atas rakyat mereka yg bakar bendera malaysia.

    BalasPadam
  9. uhh! dahsyat ni.. takut pulak jadi benda yg bukan2 dekat pelajar malaysia kat luar negara.. lebih2 lagi ramai pelajar malaysia kat indonesia tu..

    plz rakyat malaysia.. jangan buat benda yg tak sepatutnya kat org indonesia di malaysia.. jangan simbah minyak kat api..

    orang buat macam tu adalah orang yang kurang kesedaran..

    BalasPadam
  10. mybe bukan kurang kesedaran.. tapi takde kesedaran.. sengaja mau buat huru hara..

    BalasPadam