Bot mirip ikan jerung (RM295,153)

REDDING - Seorang jutawan di Amerika Syarikat (AS), Rob Innes memasarkan bot mirip ikan jerung putih dengan harga sekitar AS$93,476 (RM295,153), lapor sebuah akhbar semalam.

Dinamakan Seabreacher X, bot itu meluncur laju di permukaan air, berpusing dan melompat setinggi beberapa meter.

Bot sepanjang 5 meter itu boleh memuatkan dua orang dan memiliki kelajuan maksimum 80 kilometer sejam.

"Ia popular di Asia Barat tetapi kami telah menjual beberapa bot itu kepada pelanggan di Korea dan Caribbean," kata jutawan tersebut yang menegaskan bot itu bukannya sebuah kapal selam. - Agensi

sumber-kosmo

4 Ulasan

  1. smart gile bot. ade sesaper nk belikan? hah?

    BalasPadam
  2. wah... mcm bot batman lak..

    BalasPadam
  3. salam, klu boleh menyelam sekali barulah jaws pun takut..

    BalasPadam
  4. ada aircond ke boat ni...sekali tgk tertutup abis tu..angin x leh masuk tu...huhuh..mesti panas kat dalam bot tu.

    BalasPadam